Categories
SELANGOR

MPSJ serbu ‘Disco Techno’ haram

Oleh : SIRAJ MOHD ZAINI

SHAH ALAM 9 DIS : Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyerbu sebuah pusat hiburan haram yang mengganggu ketenteraman penduduk setempat dalam satu operasi di Puchong, baru-baru ini.

cctv mpsjPengarah Jabatan Penguatkuasa MPSJ, Mejar (b) Mohd Rasip Rasul, berkata serbuan tersebut merupakan kali kedua setelah premis itu sebelum ini pernah diserbu dan dikompaun bulan lalu kerana menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen sah daripada MPSJ.

“Semasa tindakan pemeriksaan dari bilik ke bilik mendapati terdapat beberapa orang pelanggan sedang berhibur di dalam premis berkenaan, premis hiburan ini juga menjalankan aktiviti hiburan jenis karaoke dan menawarkan hiburan jenis ‘disco techno’ kepada pelanggan yang hadir,” katanya kepada Selangor Kini.

Mohd Rasip berkata, operasi itu dilakukan setelah mendapat aduan dari orang awam yang mendakwa premis tersebut mengadakan aktiviti haram, selain bunyi muzik mengganggu ketenteraman penduduk berhampiran.

DSC_0080 “Premis berkenaan dikenakan denda maksimum sebanyak RM25,000 dan MPSJ menyita dua set peralatan hiburan dan penutupan premis di bawah Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan & Tempat-Tempat Hiburan Selangor 1995 (pindaan 2001) iaitu mengadakan aktiviti hiburan tanpa lesan daripada MPSJ,” katanya lagi.

Katanya, premis berkenaan juga pernah diambil tindakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM)cawangan perjudian, kongsi gelap dan maksiat (D7) dalam tempoh empat bulan kebelakangan ini.

Dalam pada itu, Mohd Rasip berkata, MPSJ akan melakukan pemantauan berterusan terhadap premis berkenaan selagi premis berkenaan tidak mempunyai lesen yang sah.

-EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.