Categories
SELANGOR

MPS pantau kawasan mudah banjir di Rawang

Oleh: Naeem Raffi

SHAH ALAM 25 DIS: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memaklumkan pihaknya akan membuat pemantauan dari masa ke semasa di beberapa kawasan di Rawang yang berisiko tinggi dilanda banjir.

Tindakan itu diambil setelah banjir kilat serta insiden bencana alam berlaku beberapa kawasan di pekan itu awal pagi semalam.

mpsPegawai Perhubungn Awam MPS, Azhar Che Salleh, berkata dalam kejadian pagi semalam, MPS telah mengerah anggota dari unit Penguatkuasa dan Jabatan Kejuteraan ke tempat kejadian.

“Sebaik MPS dimaklumkan tentang kejadian tersebut, sekurang-kurangnya 30 anggota yang dibahagikan kepada dua kumpulan ditugaskan turun membantu pasukan keselamatan dan jabatan yang terlibat.

“Selain Jabatan Kejuruteraan meninjau keadaan sistem saliran bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), anggota penguatkuasa juga membantu pasukan keselamatan lain mengawal lalu lintas dan menolak kenderaan yang terkandas di dalam banjir,” jelasnya ketika dihubungi Selangor Kini.

Hasil tinjauan Jabatan Kejuruteraan MPS bersama JPS disalah satu kawasan yang dilanda banjir mendapati limpahan air hujan tidak mengalir sempurna.

banjir rawang2“Dari makluman awal yang diperolehi, kejadian banjir di Taman Garing adalah berpunca dari kegagalan aliran air.

“Sebelum ini JPS telah melantik kontraktor untuk menambah baik saliran. Namun, kerja-kerja tersebut masih belum lagi siap sepenuhnya. Tidak sangka pula banjir sebegini akan berlaku,” katanya.

Bagaimana pun, MPS sedang berkerjasama dengan JPS untuk mengkaji punca sebenar dan akan disusuli dengan satu laporan lengkap berhubung kejadian itu kemudian.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.