Categories
SELANGOR

Pemaju jual rumah kos rendah harga tinggi disenarai hitam

Oleh: Afeeqa Afeera

SHAH ALAM, 19 DIS : Kerajaan negeri memandang serius tindakan mana-mana pemaju yang cuba menjual rumah kos rendah dengan harga yang lebih tinggi atas alasan pengubahsuaian telah dilakukan.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad, berkata tindakan menyenarai hitam syarikat boleh dilakukan terhadap pemaju sekiranya mereka didapati memaksa pembeli membayar harga ubah suai.

iskandar-samad-pink-01Katanya pemilik rumah kos rendah berkenaan juga berhak membantah atau menolak tawaran ubahsuai yang dilaksanakan oleh pemaju tanpa persetujuan mereka.

“Harga jualan minima bagi rumah kos rendah ditetapkan pada RM42,000 sebuah kecuali untuk peneroka bandar yang dipindahkan ditetapkan padar kadar RM35,000 sebuah.

“Harga ini dikawal kerajaan negeri dan pemaju tidak boleh menjual pada harga-harga yang lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Iskandar berkata pembeli yang bersetuju dengan pakej pengubahsuaian itu dinasihatkan untuk membuat perbandingan kos ubahsuai yang akan dilaksanakan pemaju dengan kontraktor lain.

Katanya para pembeli yang dipaksa oleh pemaju untuk menerima pakej pengubahsuaian perlu melaporkan dengan segera kepada pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) di talian 03-55447078 atau 03-55447199.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.