Categories
NASIONAL

PKR gesa SPRM siasat anak Rosmah beli rumah RM110 juta di New York

SHAH ALAM 28 DIS: PKR menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat bagaimana anak Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor boleh membeli sebuah megapuri (penthouse) bernilai RM110 juta di New York.

Naib Presiden PKR, Tian Chua, berkata demikian mengulas laporan pembelian satu unit kondomium mewah, megapuri, di New York oleh anak tiri Perdana Menteri, Riza Shahriz Abdul Aziz, 36.

anak rosmahSemalam media melaporkan Riza yang merupakan anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor dengan bekas suami terdahulu telah membeli hartanah di West 63rd Street Park di laurel New York.

Laporan itu memetik laman Web syarikat hartanah New York The Real Deal menyatakan Riza membeli megapuri tujuh bilik pada 19 November tahun lepas.

Unit megapuri itu dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquistation.

tian chua pc pkr 01Katanya, pendedahan itu amat mengejutkan ketika rakyat bergelut dengan kesukaran menghadapi peningkatan kos sara hidup.

“Ia amat mengejutkan dan kita persoalkan dari manakah dia mendapat wang sebanyak itu kerana angkanya terlalu besar iaitu RM110 juta,” katanya kepada media hari ini dipetik dari The Malaysian Insider.

Beliau menggesa SPRM perlu lebih memainkan peranan untuk menjalankan siasatan ke atas anak tiri Perdana Menteri tersebut.

“Pendedahan itu seperti membuktikan terdapat kalangan pemimpin yang begitu kebal daripada undang-undang.

“Sepatutnya SPRM tidak perlu dibayangi dengan kuasa seperti ini, mereka haruslah menjalankan siasatan biarpun tiada tuduhan kerana ini merupakan penyelewengan yang amat serius,” katanya yang juga Ahli Parlimen Batu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.