Categories
SELANGOR

Rafizi syak gangguan bekalan air taktik BN sabotaj Pakatan

KUALA LUMPUR 14 DIS: Gangguan bekalan air pertengahan Disember ini disyaki taktik BN mensabotaj pengundi bandar kerana menyokong Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum (PRU) lalu, kata Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli.

“Setiap kali rundingan pengambil alihan pengurusan air oleh kerajaan Selangor, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak melengah-lengahkannya termasuk mewujudkan ganguan air.

“Ia seolah-olah sabotaj berterusan Najib terhadap pengundi bandar hanya kerana menyokong Pakatan pada PRU lalu,” katanya kepada Keadilan Daily.

Rafizi1-179x300Pada PRU 13 lalu, Pakatan kekal mendominasi Parlimen Kuala Lumpur serta mengekalkan Selangor dengan pertambahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hari ini mengumumkan sejuta penduduk Selangor dan Kuala Lumpur berdepan gangguan bekalan air bermula 17 hingga 22 Disember atas alasan hentitugas (separa) sementara loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2.

Melainkan hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat kawasan lain, tiada lori tangki dibekalkan sepanjang tempoh gangguan.

“Syabas dilindungi pentadbiran Najib yang berkuasa besar dalam pengambilalihan air. Sebab itu mereka tidak kisah jika tiada penghantaran lori tangki ke kawasan terjejas.

“Syabas juga tahu perjanjian melindungi mereka. Malah pentadbiran Najib tahu jika mereka membenarkan Selangor mengambil alih pengurusan air, BN ketandusan modal menyerang Pakatan,” kata Rafizi.

– FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.