Categories
NASIONAL

‘Rusuhan Bangla’ di S’pura, Kerajaan Malaysia perlu ambil iktibar

Oleh : Norhayati Umor

SHAH ALAM 9 DIS : Kerajaan Malaysia perlu mengambil iktibar daripada kejadian rusuhan pekerja asing Bangladesh yang berlaku di Singapura, semalam ekoran kebanjiran warga asing yang semakin meningkat di negara ini.

surendran speech mic 02Naib Presiden PKR, N Surendran, berkata Kerajaan Pusat seharusnya bertindak untuk mengelakkan perkara yang boleh menggugat keamanan dan keselamatan orang awam daripada berlaku di negara ini.

Katanya, bagi mengelakkan berlaku rusuhan sedemikian, perlu ada satu langkah untuk mengurangkan kebergantungan pekerja asing di negara ini.

Dalam kejadian di Singapura semalam, sekurang-kurangnya 10 anggota polis dan penjawat awam cedera selepas lima kenderaan pasukan itu dan sebuah ambulans dibakar kira-kira 400 perusuh terdiri daripada warga asing dalam kejadian di kawasan Little India republik itu.

rusuhanRusuhan jam 9.30 malam itu, berlaku selepas kemalangan jalan raya, membabitkan seorang pekerja warga Bangladesh yang terbunuh selepas dilanggar bas dalam kejadian di persimpangan Jalan Race Course dan Jalan Hampshire.

“Memang kalau kita lihat di negara ini ada lebih dua juta pekerja asing yang berdaftar dan mungkin lebih tiga juta pendatang tanpa izin dan ini merupakan satu jumlah yang besar.

“Mereka boleh bertindak liar dan ganas mungkin disebabkan mereka menghadapi banyak masalah disebabkan kemiskinan dan ditindas oleh majikan, walaupun kita tidak sokong tindakan ganas itu tetapi jelas mereka akan bertindak ganas.

“Salah satu faktor juga, mereka mungkin didorong melakukan perkara sedemikian atas sebab termasuk tindakan keras yang diambil oleh pihak berkuasa, tindakan memeras ugut mereka dan tindakan meminta rasuah dari pihak penguatkuasa,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini.

Bagaimanapun, Surendran berkata dalam pembentangan Belanjawan Negara 2014, tiada peruntukkan atau langkah yang akan diambil bagi mengurangkan kebergantungan pekerja asing.

rusuhan1Katanya, hal itu menunjukkan kelalaian besar dan sikap tidak bertanggungjawab Barisan Nasional untu mengurangkan kebanjiran warga asing.

“Ia langsung tidak sebuat apa-apa tindakan untuk mengurangkan atau menstruktur ekonomi negara supaya mengurangkan kebergantungan warga asing.

“Ini menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab Barisan Nasional dan pada masa yang sama tidak bermakna kita perlu bertindak keras ke atas pekerja asing yang datang ke negara kita untuk mencari nafkah, tetapi mereka perlu dikurangkan dan tindakan perlu diambil untuk mengurangkan jumlah mereka,” katanya.

Kejadian itu merupakan pertama kali berlaku dalam sejarah Singapura sejak rusuhan kaum pada 1969 selama tujuh hari dan dan menyebabkan empat mati serta 80 orang cedera.

-EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.