Categories
SELANGOR

Selangor bekerjasama dengan Nestle tingkat pengeluaran pertanian

Oleh: Lizawati Madfa,

SABAK BERNAM 23 DIS: Kerajaan Selangor melalui Jawatankuasa Pembangunan Desa akan menjalinkan kerjasama dengan syarikat dari Switzerland, Nestle bagi memaksimumkan perolehan sektor pertanian di negeri itu.

Exco Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi, berkata pemilihan syarikat Nestle dibuat ekoran kejayaan syarikat yang berasaskan produk makanan itu memperoleh pendapatan yang tinggi walaupun sekadar mengusahakan tanah seluas sepuluh hektar.

kelapa-sallehenLebih menarik, katanya, daripada hasil perusahaan Nestle itu, 20 peratus sahaja yang diperlukan bagi memenuhi keperluan dalam negara sementara selebihnya dieksport ke luar.

“Pendapatan Nestle adalah menyamai pendapatan yang diperolehi daripada gabungan pendapatan negara Thailand, Malaysia dan Indonesia.

“Kita akan kongsikan nanti bagaimana Nestle menguruskan ‘networking’ kepada masyarakat kampung supaya mereka dapat faham dan aplikasikan dalam perusahaan mereka.

“Jadi pengusaha-pengusaha tempatan ini tidak akan membazirkan walau seinci tanah yang dimiliki bagi mendapat hasil yang baik,” kata Sallehen.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Majlis Penutup Mini Agrofest Sabak Bernam di sini semalam.

NestleLogoDalam pada itu, Sallehen berkata Kerajaan Negeri tidak berhasrat membenarkan mana-mana tanah baru untuk diteroka sebagai tanah pertanian bagi memelihara keseimbangan ekologi.

“Bagaimanapun, masih terdapat banyak lagi tanah pertanian yang masih belum diusahakan, sama ada milik kerajaan mahupun individu.

“Kita akan minta pihak jabatan pertanian untuk lihat tanah-tanah ini bagi menentukan program yang boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian jenis tanah,” kata Sallehen.

pertanianTambahnya, walaupun tidak dapat memberi sumbangan besar, tanah yang kecil juga penting untuk diusahakan bagi memperoleh pendapatan sampingan, lebih-lebih lagi dalam menghadapi tahun hadapan.

“Tahun 2014 nanti rakyat akan menghadapi zaman keperitan dengan pelbagai kenaikan termasuk harga barang-barang keperluan harian, cukai, dan sebagainya.

“Jadi perusahaan tanah ini penting terutama kepada masyarakat di kampung yang boleh merangka ekonomi melalui program pertanian,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.