Categories
SELANGOR

Subsidi tambang bas, Kerajaan Selangor prihatin kurang beban rakyat

Oleh : Lizawati Madfa

KLANG 23 DIS : Keprihatinan Kerajaan Selangor menyediakan subsidi tambang bas sekolah dialu-alukan, terutamanya menjelang tahun keperitan rakyat pada 2014 akibat pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang dilaksanakan Kerajaan BN.bas sekolah

Operator Kilang, M. Saravanan ,37, berkata dengan pemberian subsidi bas sekolah sebanyak RM 300 bagi setiap pelajar, bebanan ibu bapa yang kini semakin terhimpit membesarkan anak-anak dapat dikurangkan.

M Saravanan-“Pendapatan yang ada memang tidak cukup dalam keadaan ekonomi sekarang, apalagi bagi menghadapi pelbagai kenaikan pada tahun hadapan.

“Jadi, bantuan Kerajaan Negeri memang sangat dihargai terutama bagi golongan kami yang berpendapatan rendah ini,” kata Saravanan yang mengulas pelbagai isu kenaikan barang dan perkhidmatan yang diumumkan Kerajaan BN termasuk desas desus kenaikan tambang bas sekolah sebanyak 40 peratus.

Terdahulu, dua daripada anaknya yang bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Brafferton menerima subsidi tambang sebanyak RM 300 setiap seorang.

K Veloo-Sementara itu, K. Veloo 42, pula menganggap inisiatif Kerajaan Negeri ini sebagai bertepatan dengan konsep kerajaan yang mendahulukan rakyat.

“Untuk saya, kos bas anak ke sekolah setiap bulan ialah RM 70 seorang, bayangkan saya ada lima orang anak yang bersekolah.

“Oleh itu, saya sangat berterima kasih pada Kerajaan Selangor yang prihatin dengan keperluan rakyat seperti saya yang berpendapatan sederhana ini.

“Inilah tugas sesebuah kerajaan, iaitu untuk menolong rakyat yang susah, bukan sebaliknya,” kata Veloo yang hadir menemani dua anaknya yang menerima subsidi.

Pemberian subsidi tambang bas sekolah bagi daerah Klang disampaikan Timbalan Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Tiew Way Keng di Dewan Serbaguna Pejabat Tanah dan Daerah Klang di sini.

Subsidi disampaikan kepada 39 orang pelajar daripada empat buah sekolah iaitu; pelajar dari SJKT Ladang Brafferton, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Kapar, SMK Tengku Idris Shah dan Sekolah Kebangsaan Kapar.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.