Categories
SELANGOR

37 pelajar SJKT Pulau Carey terima subsidi tambang bas

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 22 MEI: Sejumlah RM11,100 disalurkan kepada 37 pelajar Pulau Carey Timur, Kuala Langat menerusi bantuan subsidi tambang bas bagi anak-anak pekerja ladang Selangor, baru-baru ini.

EXCO Pemberdayaan, Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau berkata, subsidi tambang bas sekolah itu adalah inisiatif mega Kerajaan Negeri bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk menikmati bantuan berkenaan.

Katanya, seramai 3,457 pelajar menikmati inisiatif itu bagi tahun ini berbanding 2,500 pelajar tahun lalu.

“Inisiatif ini dilaksanakan di bawah program tabung anak-anak pekerja ladang yang turut merangkumi bantuan yuran pengajian tinggi dan program kemahiran pekerja atau bekas pekerja ladang.

“Selain itu, program bengkel Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil turut diberikan perhatian,” katanya.

Ganabatirau berkata, program dilaksanakan sejak 2008 itu sangat penting bagi keluarga pelajar selain dapat mengurangkan beban kos sara hidup.

Menerusi bantuan itu, pelajar sekolah akan diberikan subsidi RM300 seorang bagi menampung perbelanjaan tambang bas sekolah selama 10 bulan.

Kerajaan Negeri memilih sekolah yang berada pada kedudukan terpencil dan keluarga berpendapatan rendah.

Categories
SELANGOR

150 anak pekerja ladang terima subsidi tambang bas

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 31 OGOS: Kira-kira 150 anak pekerja ladang menerima subsidi tambang bas, baru-baru ini membuktikan keprihatinan berterusan Kerajaan Negeri terhadap keperluan pendidikan di Selangor.

Mereka yang terpilih menerima RM300 terdiri daripada murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Kampung Baru, SJKT Raja Musa, SJKT Sungai Terap dan SJKT Ladang Riverside.

Sumbangan terbabit diserahkan Pegawai MySel, PS Tharma yang hadir mewakili Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau.

Tharma berkata, peruntukan itu diluluskan sejak beberapa tahun lalu bagi membela kepentingan anak pekerja ladang.

“Menjadi harapan Exco supaya ibu bapa tidak menyalah gunakan wang subsidi ini, sekali gus berharap ia dapat membantu mengurangkan beban keluarga,” katanya kepada SelangorKini.

IMG_7174Sementara itu, Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Permatang, Rozana Zainal Abidin berkata, bantuan subsidi itu sedikit sebanyak memberi impak positif kepada keperluan anak pekerja ladang.

Katanya, hanya melalui pendidikan, taraf hidup pekerja ladang dapat ditingkatkan, sekali gus menjamin masa depan lebih baik.

“Tujuan utama Kerajaan Negeri memberi bantuan subsidi ini kepada anak pekerja ladang untuk memudahkan mereka berulang alik ke sekolah.

“Ini kerana kadar dikenakan bagi pengangkutan masa kini tinggi dan kebanyakan keluarga pekerja ladang tidak mampu membayarnya,” katanya.

Categories
SELANGOR

Subsidi tambang bas, Kerajaan Selangor prihatin kurang beban rakyat

Oleh : Lizawati Madfa

KLANG 23 DIS : Keprihatinan Kerajaan Selangor menyediakan subsidi tambang bas sekolah dialu-alukan, terutamanya menjelang tahun keperitan rakyat pada 2014 akibat pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang dilaksanakan Kerajaan BN.bas sekolah

Operator Kilang, M. Saravanan ,37, berkata dengan pemberian subsidi bas sekolah sebanyak RM 300 bagi setiap pelajar, bebanan ibu bapa yang kini semakin terhimpit membesarkan anak-anak dapat dikurangkan.

M Saravanan-“Pendapatan yang ada memang tidak cukup dalam keadaan ekonomi sekarang, apalagi bagi menghadapi pelbagai kenaikan pada tahun hadapan.

“Jadi, bantuan Kerajaan Negeri memang sangat dihargai terutama bagi golongan kami yang berpendapatan rendah ini,” kata Saravanan yang mengulas pelbagai isu kenaikan barang dan perkhidmatan yang diumumkan Kerajaan BN termasuk desas desus kenaikan tambang bas sekolah sebanyak 40 peratus.

Terdahulu, dua daripada anaknya yang bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Brafferton menerima subsidi tambang sebanyak RM 300 setiap seorang.

K Veloo-Sementara itu, K. Veloo 42, pula menganggap inisiatif Kerajaan Negeri ini sebagai bertepatan dengan konsep kerajaan yang mendahulukan rakyat.

“Untuk saya, kos bas anak ke sekolah setiap bulan ialah RM 70 seorang, bayangkan saya ada lima orang anak yang bersekolah.

“Oleh itu, saya sangat berterima kasih pada Kerajaan Selangor yang prihatin dengan keperluan rakyat seperti saya yang berpendapatan sederhana ini.

“Inilah tugas sesebuah kerajaan, iaitu untuk menolong rakyat yang susah, bukan sebaliknya,” kata Veloo yang hadir menemani dua anaknya yang menerima subsidi.

Pemberian subsidi tambang bas sekolah bagi daerah Klang disampaikan Timbalan Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Tiew Way Keng di Dewan Serbaguna Pejabat Tanah dan Daerah Klang di sini.

Subsidi disampaikan kepada 39 orang pelajar daripada empat buah sekolah iaitu; pelajar dari SJKT Ladang Brafferton, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Kapar, SMK Tengku Idris Shah dan Sekolah Kebangsaan Kapar.

EZY