Categories
NASIONAL

Tuduhan Syiah : Mat Sabu kaji tindakan saman ke atas Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR 8 DIS : Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam proses perbincangan berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mat Sabu White 01Tindakan saman itu ekoran kenyataan Zahid yang menuduh Mat Sabu mengamalkan ajaran Syiah ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Dalam ucapan itu juga, Zahid mengumumkan beliau memberi kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menahan pemimpin kedua tertinggi PAS itu.

“Saya tidak mendengar apa yang dia (Zahid) kata, jadi perlu berbincang terlebih dahulu dengan peguam saya,” katanya yang dipetik dari Harakah Daily.

ZAHID HAMIDIPada masa sama, Mat Sabu dengan keras menafikan tuduhan yang dilemparkan Zahid dan menyifatkan ia sebagai tuduhan berniat jahat.

“Saya Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama’ah,” katanya.

PAS sebelum ini beberapa kali menafikan tuduhan berkenaan dengan penegasan bahawa tidak ada ahli PAS berfahaman Syiah, bahkan mengalu-alukan jika ada pihak yang boleh membawa bukti terdapat ahlinya mengamalkan ajaran terbabit.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.