Categories
NASIONAL

Permohonan Utusan ketepi Surendran sebagai peguam Anwar tidak munasabah

Oleh : Norhayati Umor

SHAH ALAM 8 DIS: Permohonan Utusan Malaysia untuk mengenepikan N Surendran sebagai peguam mewakili Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan alasan memegang jawatan Naib Presiden PKR disifatkan tidak munasabah.

Ketua Biro Guaman PKR, Latheefa Koya berkata alasan itu juga tidak masuk akal kerana beliau juga adalah ahli pimpinan pusat PKR.

Latheefa_KoyaKatanya, peguam Utusan juga memberikan alasan itu dengan mengatakan bersifat peribadi.

“Peguam Utusan guna alasan bahawa Surendran tidak boleh mengendalikan kes itu kerana beliau adalah Naib Presiden, manakala anak guamnya (Anwar) sebagai Ketua Umum.

“Peguam Utusan juga guna alasan atas situasi kepentingan peribadi. Kita lihat alasan itu tidak masuk akal kerana saya sendiri ahli majlis pimpinan pusat,” katanya ketika dihubungi Selamgor Kini, di sini, hari ini.

surendranSemalam, Utusan melaporkan membuat permohonan bantahan untuk mengenepikan Surendran sebagai peguam kepada Anwar dalam kes mengaitkan Ketua Umum PKR itu dengan isu pencerobohan Lahad Datu, Sabah.

Lateefa berkata, ekoran dari permohonan Utusan itu, pihaknya akan membantah permohonan peguam terbabit kerana alasan yang digunakan tidak munasabah.

“Kita akan jawab dulu afidavit. Tetapi sebelum itu, kita akan bantah permohonan peguam Utusan itu,” katanya.

anwar whitePada Mac lalu, Anwar bertindak menyaman Utusan Malaysia dan TV3 sebanyak RM200 juta jika enggan membuat permohonan maaf berhubung laporan mengaitkannya dalam isu pencerobohan itu.

Kes terbabit akan didengar pada 25 Februari 2014, manakala perbicaraan bakal berlangsung pada 14 dan 15 April 2014.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.