Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Ziarah, agih limau mandarin sekitar Bangi

SEMPENA menjelang Tahun Baru Cina, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Ustaz Shafie Ngah bersama beberapa sukarelawan Pusat Khidmat DUN Bangi, menziarahi kaum Cina.

Mereka termasuk Unit Amal Serdang dan pemimpin tempatan yang dikenali sebagai Madam Khoo dan Pak Hamid, turun padang ke Taman Seroja, Taman Jelita dan Taman Sungai Mas, Jalan Reko Kajang.

20140118_103747

Sebanyak 50 rumah diziarahi dengan edaran limau mandarin, kalendar dan akhbar Selangor Kini versi bahasa Cina pada 18 Januari lalu.

Kesempatan itu juga digunakan untuk mendaftar beberapa warga emas yang layak menerima baucer percuma RM100 melalui program Jom Shopping Tahun Baru Cina.
20140118_091548

Selepas hampir tiga jam menziarahi penduduk sekitar Jalan Reko, Ustaz Shafie Ngah bergegas ke Seksyen 3 Bandar Baru Bangi bagi merasmikan Program ‘Wonder Math’ siri ke-20.

– FZL

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.