Categories
NASIONAL

AMK: Kekayaan luar biasa Taib Mahmud, kenapa SPRM tidak siasat?

SHAH ALAM 25 JAN: Angkatan Muda Keadilan (AMK) kecewa ratusan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan laporan polis terhadap kemewahan luar biasa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak diambil tindakan.

Timbalan Ketua AMK Sarawak, Zulhaidah Suboh, berkata jika benar kedua-dua jabatan itu merupakan badan bebas membanteras rasuah dan berintegriti maka mereka harus bertindak.

taibmahmud 01Katanya jika tiada sebarang tindakan penyiasatan diambil terhadap Taib Mahmud maka Pengarah SPRM dan Ketua Polis Negara patut meletakan jawatan.

Beliau berkata, pendedahan kekayaan Bekir anak Taib Mahmud oleh seorang akauntan bertauliah, Andrew Heng yang memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bahawa anak lelaki Taib Mahmud mempunyai kepentingan dalam 85 syarikat asing, termasuk Sakthi International berpangkalan di California menuntut kepada siasatan segera.

“Perkara ini tidak menjadi luar biasa kerana ini adalah hasil daripada pemerintahan bapa beliau,iaitu Taib Mahmud menjadi Ketua Menteri Sarawak sejak berdekad lamanya lebih 30 tahun.

“Mana mungkin Taib hanya akan makan gaji sebagai Ketua Menteri boleh memiliki kekayaan yang di luar jangkauan,” kata Zulhaidah dalam satu kenyataan media.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.