PKR gesa SPRM sahkan Taib Mahmud bebas skandal penyelewengan

http://tv.selangorku.com

Categories
NASIONAL

PKR gesa SPRM sahkan Taib Mahmud bebas skandal penyelewengan

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 13 FEB: PKR menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud bebas daripada semua kaitan penyelewengan sebelum menjadi Tuan Yang Terutama (TYT) Sarawak.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata ini kerana sekiranya beliau dilantik, Taib bakal kebal daripada pendakwaan undang-undang meskipun dikaitkan dengan penyelewengan atau tuduhan lengkap dengan dokumen termasuk melibatkan keluarganya.

rafizi-TI-01Rafizi dalam sidang media hari ini berkata, laporan Sarawak Report semalam menunjukkan perkaitan jelas di antara sebuah syarikat antarabangsa dengan anaknya, Jamilah Taib.

Syarikat antarabangsa itu yang dikawal adik Ketua Menteri, Onn Mahmud pernah disiasat pihak berkuasa percukaian Jepun atas tuduhan mengelak cukai kerana menerima komisyen balak hampir mencecah 1 billion yen.

“Ini bermakna siasatan di Jepun sudah tentu akan melibatkan siasatan terhadap Taib Mahmud sendiri melalui bukti yang mengaitkan keluarga beliau sendiri dengan penerimaan komisyen balak.

“Walaupun siasatan itu berkaitan tuduhan mengelak cukai, ia melibatkan cukai ke atas penerimaan komisyen dari konsesi balak yang merupakan satu penyelewengan dan rasuah di mata rakyat,” katanya semasa sidang media di Ibu pejabat PKR, di sini.

Jelas Ahli Parlimen Pandan itu, Taib sendiri pernah membuat kenyataan menafikan beliau tahu atau ada kena mengena dengan syarikat di Dewan Undangan Negeri Sarawak sebagai alasan untuk menutup skandal yang panas ketika itu.

Najib dan TaibJusteru, Rafizi menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong membuat pendirian tegas bahawa calon yang dipertimbangkan bagi jawatan TYT perlu bebas dari sebarang siasatan SPRM.

Sehubungan itu, Rafizi akan bertemu SPRM esok untuk mendapatkan pengesahan mengenai perkara ini.

EZY

Categories
NASIONAL

Taib Mahmud sah letak jawatan Ketua Menteri Sarawak

SHAH ALAM 8 FEB : Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan berundur dari jawatannya dan akan membuat pengumuman mengenai perkara itu dalam masa “dua hari lagi”.

taibmahmud 01Pengundurannya itu dimaklumkan oleh Pengerusi Tetap Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Datuk Mohamad Asfia Awang Nassar selepas mesyuarat lima jam Majlis Tertinggi parti itu hari ini dipetik Astroawani.com

Menurut Mohamad Asfia, mesyuarat itu telah memberi mandat sepenuhnya kepada Abdul Taub untuk menamakan calon penggantinya.

Sebagai penghormatan atas jasa dan sumbangan Abdul Taib kepada Sarawak, mesyuarat itu juga mencadangkan beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak menggantikan Tun Salahuddin Abang Barieng yang akan tamat tempoh jawatan pada 28 Februari ini.

Abdul Taib menjadi Ketua Menteri Sarawak sejak 1981.

EZY

Categories
NASIONAL

AMK : Taib Mahmud tak layak jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak, banyak laporan rasuah

SHAH ALAM 8 FEB : Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak membantah sebarang usaha untuk melantik Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sarawak yang baru.

Timbalan Ketua AMK Sarawak, Zulhaidah Suboh, berkata Taib Mahmud tidak layak dilantik TYT Sarawak kerana berhadapan dengan ratusan laporan polis dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Najib dan Taib“SPRM tiada kertas siasatan dibuka berkenaan laporan yang telah dibuat oleh rakyat Sarawak melalui badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan,” katanya mengulas spekulasi pengunduran Taib.

Beliau berkata, pendedahan demi pendedahan telah terbongkar termasuk oleh Bruno Maser Fund dan 16 NGO dari Malaysia, Australia, Jerman, Jepun, Switzerland dan United Kingdom berkaitan kepentingan keluarga Taib dalam 332 syarikat Malaysia dan 85 syarikat asing di 25 negara yangg dianggarkan bernilai berbillion ringgit.

Terkini pendedahan harta milik anak Taib, Datuk Seri Bekir Mahmud oleh akauntan Andrew Heng berkenaan angka nilai aset milik beliau yang dikemukan kepada Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur daripada RM1.334 bilion meningkat kepda RM1.395 bilion semasa perbicaraan kes tuntutan harta sepencarian bekas isteri, Shahnaz Majid.

“Pendedahan begini pasti ini tidak tercapai akal untuk rakyat di Sarawak bagaimana Bekir memperolehi kekayaan yang berada di luar jangkaan,” kata Zulhaidah dipetik daripada FMT News.

Beliau berkata sewajarnya SPRM tidak perlu memandang kepada latar belakang dan pangkat individu yang disiasat

“Hingga kini Taib masih tetap bebas dan berkuasa. Seolah-olah Taib kebal SPRM dan sikap ‘fear and favour’, dan secara bebas, telus dan profesional tidak konsisten,Ianya hanya konsisten kepada rakyat biasa sahaja.” katanya.

EZY

 

Categories
NASIONAL

AMK: Kekayaan luar biasa Taib Mahmud, kenapa SPRM tidak siasat?

SHAH ALAM 25 JAN: Angkatan Muda Keadilan (AMK) kecewa ratusan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan laporan polis terhadap kemewahan luar biasa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak diambil tindakan.

Timbalan Ketua AMK Sarawak, Zulhaidah Suboh, berkata jika benar kedua-dua jabatan itu merupakan badan bebas membanteras rasuah dan berintegriti maka mereka harus bertindak.

taibmahmud 01Katanya jika tiada sebarang tindakan penyiasatan diambil terhadap Taib Mahmud maka Pengarah SPRM dan Ketua Polis Negara patut meletakan jawatan.

Beliau berkata, pendedahan kekayaan Bekir anak Taib Mahmud oleh seorang akauntan bertauliah, Andrew Heng yang memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bahawa anak lelaki Taib Mahmud mempunyai kepentingan dalam 85 syarikat asing, termasuk Sakthi International berpangkalan di California menuntut kepada siasatan segera.

“Perkara ini tidak menjadi luar biasa kerana ini adalah hasil daripada pemerintahan bapa beliau,iaitu Taib Mahmud menjadi Ketua Menteri Sarawak sejak berdekad lamanya lebih 30 tahun.

“Mana mungkin Taib hanya akan makan gaji sebagai Ketua Menteri boleh memiliki kekayaan yang di luar jangkauan,” kata Zulhaidah dalam satu kenyataan media.

EZY

Categories
NASIONAL SELANGOR

40 Peratus Melayu Kekal Miskin Di Bawah Umno

mb anwar umum calon bandar tun razak 02

BANDAR TUN RAZAK, 11 APRIL : Umno-BN didakwa gagal mempertahankan dan memperjuangkan hak kepentingan masyarakat Melayu dan Bumiputera apabila fakta membuktikan kira-kira 40 peratus golongan itu hanya memperolehi gaji di bawah RM1,400.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun Umno-BN memerintah lebih 50 tahun tetapi ia gagal mengurangkan jurang perbezaan pendapatan di kalangan kaya dan miskin.

“Majoriti gaji RM1,400 ke bawah, orang Melayu tapi Umno cakap : Hidup Melayu! Tapi, Melayu Umno yang kaya. Dapat saham, permit teksi, dapat balak, tanah,” katanya.

Anwar berkata demikian di hadapan lebih 5,000 orang pada ceramah di padang bola di Jalan Jujur di sini.

Tegas Anwar, jurang perbezaan ekonomi itu wujud akibat dasar BN yang mengamalkan kronisme sehingga kekayaan negara berligar disekitar elit korporat yang dekat dengan pimpinan politik negara.

“Syed Mohktar RM10 bilion, Mokhzani Mahathir RM2.2 bilion, Mirzan Mahathir RM2.9 bilion, adik Najib juga berbilion, Taib Mahmud puluh bilion. Rakyat ? RM2,000. Maknanya, miskin,” katanya.

Anwar juga mendedahkan bagaimana pemimpin Umno sanggup menipu rakyat dengan menyorokkan keburukkan sehingga masalah pokok yang dihadapi rakyat tidak pernah selesai.

?Tanya pemimpin Umno BN, Harga macam mana? Jawabnya terkawal. Pendapatan rakyat? Rakyat semua bahagia, Rasuah? Sikit sahaja.

?Inilah pemimpin Umno, tidak faham derita rakyat. Siapa tak tahu negeri ini kaya? Hasil minyak cecah RM80 bilion setahun tapi pendapatan di tahap lama,? katanya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Najib Mesti Respon Terhadap Siasatan Taib Mahmud

pc pas mac 19 2013 01

KUALA LUMPUR 19 MAC : Kerajaan Persekutuan Umno-BN perlu memberi penjelasan segera mengenai siasatan agensi antarabangsa terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang didakwa mengumpul dana berbilion ringgit di luar negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai kerajaan bertanggungjawab, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus memberi penjelasan kepada masyarakat umum.

“Pendedahan video siasatan agensi antarabangsa itu hanya mengukuhkan hujah kita selama ini tentang jumlah dan dana dikumpul Taib Mahmud.

“Kalau Najib pemimpin berwibawa, mustahil dia boleh diam, mesti bagi respon dan apa langkah akan diambil,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Anwar mengulas perkara itu selepas pendedahan video oleh sebuah NGO antarabangsa, Global Witness mengenai siasatan terhadap Taib Mahmud yang didakwa mengumpul sejumlah harta yang besar di luar negara.

Ketua Ahli Parlimen, Lim Kit Siang yang turut hadir berkata, apa yang berlaku memberi gambaran Ketua Menteri Sarawak lebih berkuasa dari Perdana Menteri.

“Dulu dia janji Ketua Menteri Sarawak yang baru tetapi tidak ditunaikan,” katanya.