Categories
SELANGOR

400 dirai Jom Shopping DUN Sementa

Oleh: Mohd Ezli Mashut

KLANG 25 JAN: Pemberian baucar Jom Shopping RM100 kepada 400 penerima di DUN Sementa memberikan mereka kelegaan untuk meraikan sambutan Tahun Baru Cina tatkala ketika ini berlakunya kenaikan harga barang.

Ahli Parlimen Kapar, M Manivanan berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Selangor atas inisiatif ini kerana dapat meringankan bebanan rakyat khususnya masyarakat Tionghua yang bakal meraikan sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Jom Shopping sementaKatanya, skim itu secara tidak langsung memberikan kemudahan kepada masyarakat yang tidak berkemampuan untuk persediaan bagi musim perayaan.

Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi, berkata program itu adalah kesimbungan kepada program Jom Shopping yang sebelum ini diberikan kepada masyarkat Melayu dan India.

Katanya, beliau mengharapkan agar pihak pasar raya agar dapat menyediakan sedikit cerdermata kepada peserta Jom Shopping agar dapat memberikan kecerian kepada pengunjung.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Selangor Kini selepas program Jom Shopping yang diadakan di Pasaraya Econsave di sini.

Jom Shopping Sementa1Program Jom Shopping ini adalah bertujuan agar pemimpin dapat bermesra dan mengeratkan perhubungan antara pemimpin dan rakyat.

Sejak mengambil alih Kerajaan Negeri Selangor pada 8 Mac 2008, Kerajaan Pakatan Rakyat (pakatan) memulakan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bagi mengagihkan kekayaan negeri Selangor kepada seluruh warga Selangor tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang.

Program ini juga merupakan kesenimbungan bantuan Skim Mesra Usia Emas yang terangkum dalam program MES dengan kerajaan negeri menyumbang sejumlah RM 2500 kepada penama warga emas yang meninggal dunia dan telah berdaftar.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.