Categories
NASIONAL

Belanja GST RM200 juta, satu lagi pembaziran Kerajaan BN

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 9 JAN : Perbelanjaan RM200 juta bagi memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilihat satu lagi pembaziran dilakukan Barisan Nasional (BN) sedangkan wang itu boleh disalurkan kepada rakyat memerlukan.

Pengerusi Biro Kepenggunaan PKR, Yahya Sahri, berkata Kerajaan Pusat sewajarnya menggunakan wang terbabit untuk tujuan pemberian subsidi atau biasiswa pendidikan kepada rakyat yang terpaksa berdepan dengan kenaikan kos sara hidup.

Gst biasaKatanya, pembaziran terbabit menzahirkan ketidak prihatinan kerajaan pusat yang ditadbir oleh BN dalam menangani masalah rakyat.

“Kami sangat kesal dengan tindakan kerajaan pusat yang tidak sensitif akan masalah rakyat ketika ini,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Yahya turut mempersoalkan jumlah yang terlalu besar untuk kempen dan perisian GST digunakan oleh kerajaan pusat.

“Disebabkan kerajaan pusat berdegil untuk melaksanakan GST, jumlah untuk kempen sahaja sudah cukup besar digunakan.yahya shari 01

“Sedangkan wang itu adalah wang rakyat, sewajarnya wang itu boleh digunakan untuk rakyat bagi pelbagai tujuan,” katanya.

Beliau berkata ekoran pembaziran yang begitu besar itu, beliau mendesak BN memperjelaskan secara terperinci perbelanjaan sebenar kerana dikhuatiri disalahguna oleh pemimpin BN.

Semalam, Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli berkata setakat ini, Putrajaya sudah membelanjakan RM200 juta untuk melaksanakan GST dan kos dijangka melonjak kepada lebih daripada RM1 bilion sebelum ia berkuatkuasa April tahun depan.

Katanya, perbelanjaan besar itu adalah pembaziran kerana dengan jumlah itu, kerajaan boleh membeli sebuah syarikat perisian.

Baru-baru ini, Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Hamzah mengumumkan kerajaan membelanjakan RM100 juta untuk membangunkan MyGST.

Manakala, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Cukai Kementerian Kewangan, Khairul Annuar Othman pula mengumumkan bahawa Belanjawan 2014 memperuntukkan RM100 juta bagi tujuan menjalankan kempen dan latihan GST.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.