Categories
NASIONAL

Belanja GST RM200 juta, satu lagi pembaziran Kerajaan BN

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 9 JAN : Perbelanjaan RM200 juta bagi memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilihat satu lagi pembaziran dilakukan Barisan Nasional (BN) sedangkan wang itu boleh disalurkan kepada rakyat memerlukan.

Pengerusi Biro Kepenggunaan PKR, Yahya Sahri, berkata Kerajaan Pusat sewajarnya menggunakan wang terbabit untuk tujuan pemberian subsidi atau biasiswa pendidikan kepada rakyat yang terpaksa berdepan dengan kenaikan kos sara hidup.

Gst biasaKatanya, pembaziran terbabit menzahirkan ketidak prihatinan kerajaan pusat yang ditadbir oleh BN dalam menangani masalah rakyat.

“Kami sangat kesal dengan tindakan kerajaan pusat yang tidak sensitif akan masalah rakyat ketika ini,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Yahya turut mempersoalkan jumlah yang terlalu besar untuk kempen dan perisian GST digunakan oleh kerajaan pusat.

“Disebabkan kerajaan pusat berdegil untuk melaksanakan GST, jumlah untuk kempen sahaja sudah cukup besar digunakan.yahya shari 01

“Sedangkan wang itu adalah wang rakyat, sewajarnya wang itu boleh digunakan untuk rakyat bagi pelbagai tujuan,” katanya.

Beliau berkata ekoran pembaziran yang begitu besar itu, beliau mendesak BN memperjelaskan secara terperinci perbelanjaan sebenar kerana dikhuatiri disalahguna oleh pemimpin BN.

Semalam, Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli berkata setakat ini, Putrajaya sudah membelanjakan RM200 juta untuk melaksanakan GST dan kos dijangka melonjak kepada lebih daripada RM1 bilion sebelum ia berkuatkuasa April tahun depan.

Katanya, perbelanjaan besar itu adalah pembaziran kerana dengan jumlah itu, kerajaan boleh membeli sebuah syarikat perisian.

Baru-baru ini, Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Hamzah mengumumkan kerajaan membelanjakan RM100 juta untuk membangunkan MyGST.

Manakala, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Cukai Kementerian Kewangan, Khairul Annuar Othman pula mengumumkan bahawa Belanjawan 2014 memperuntukkan RM100 juta bagi tujuan menjalankan kempen dan latihan GST.

EZY

Categories
SELANGOR

Pusat Jahitan dan Dataran Anak Muda Kg Parit Serong – Salam Selangor

Episod 101

Sinopsis:

Kampung Parit Serong di kawasan DUN Permatang, Tanjung Karang. Kampung ini antara yang telah mendapat bantuan dari 264 projek pembangunan infrastuktur yang dibangunkan di bawah geran Selangorku.

Kejayaan hasil dari penubuhan pusat Wanita Berdaya atau PWB dapat melahirkan golongan wanita yang berkemahiran, berilmu dan berdaya saing. Pusat jahitan kampung ini dirasmikan oleh YB Dr Xavier Jayakumar dengan memperuntukkan 4 unit mesin jahit biasa dan satu unit mesin jaht tepi.

Dataran anak muda memuatkan gelanggang bola keranjang, futsal serta pentas yang dibina dengan kos sebanyak rm 160 ribu yang dibiayai daripada peruntukkan RM 20 juta geran Selangorku.

Tetamu:

1. Hj Yahya Sa’ari (Penyelaras DUN Permatang)
2. YB Dr Xavier Jayakumar (Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan
Prihatin)
3. Nur Salam Khalid (Stiausaha AMK)
4. Muhammad Sani Sahri (Pegawai Komunikasi Cabang Tg Karang)

jahit

Mana Pergi Duit Projek Hospital Baru Kuala Selangor?

hospital tanjong karang demo 01

SHAH ALAM, 19 FEB: Pengumuman MP Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar bahawa kawasannya akan mendapat hospital baru mengundang persoalan tentang projek hospital yang terbengkalai di Kuala Selangor 13 tahun lalu.

Ini kerana projek hospital di Kampung Sungai Terap, Kuala Selangor sepatutnya menjadi hospital kedua untuk penduduk-penduduk kawasan Tanjong Karang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Pada Jan 4, Selangorkini melaporkan bahawa projek hospital Kuala Selangor itu hanya tinggal papan tanda yang bertulis ?Cadangan Tapak Hospital Kuala Selangor? yang terpacak di ladang kelapa sawit.

Penyelaras Dun Permatang, Yahya Saari berkata Noh tidak menjelaskan bagaimana peruntukan untuk projek hospital Kuala Selangor itu dibelanjakan.

Menurutnya, pengumuman Noh itu seumpama janji ulangan kepada penduduk.

?Kemanakah peruntukan sebelum ini disalurkan sehingga mengakibatkan rakyat perlu menunggu bertahun lamanya untuk mendapatkan hospital baru?

?Sedangkan rancangan pembinaannya diumumkan dibawah Rancangan Malaysia Ke-8 pada 1998.

“Kalau sehingga pilihan raya kali ini (PRU-13), ianya sudah menjadi PRU yang keempat atau kelima.

“Ianya bukan janji baru. Yang kita persoalkan kemana perginya bajet dahulu disalurkan,” katanya ketika dihubungi TVSelangor.

Dalam laporan media sebelum ini Noh menyatakan Kerajaan Persekutuan telah meluluskan ?projek hospital baru? yang akan dibina di sebuah tapak seluas 60 ekar di Kampung Sungai Terap, Kuala Selangor.

Di dalam laporan Selangorkini Jan 4, projek hospital itu diluluskan di dalam Rancangan Malaysia ke-8 pada 1998.