Categories
SELANGOR

Kes denggi meningkat, MB arah PBT pantau kawasan ‘hotspot’

Oleh: AFEEQA AFEERA

KLANG, 26 JAN : Berikutan peningkatan wabak denggi yang semakin membimbangkan di Selangor, Kerajaan Negeri mengarahkan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk memantau kawasan ‘hotspot’ yang menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata hospital dan klinik juga diarahkan supaya menghantar laporan secara berkala untuk mengetahui jumlah pesakit yang diserang wabak denggi.

aedes-albopictus[1]Langkah itu katanya bagi memudahkan kerajaan negeri mengambil tindakan proaktif untuk mengawal penyebaran wabak denggi daripada terus menular di kalangan masyarakat.

“Kita minta PBT terutama di Petaling Jaya, Subang Jaya, Selayang dan Klang untuk memantau kawasan hotspot selain mendapatkan laporan secara berkala daripada klinik berapa ramai pesakit yang terkena wabak denggi.

“Kita juga memerlukan kerjasama daripada orang ramai supaya tidak membiarkan air bertakung di kawasan kediaman mereka,” katanya selepas menghadiri program Jom Shopping peringkat DUN Pelabuhan Klang di Giant Bukit Tinggi, di sini,senalam.

Sehingga Rabu lalu, sebanyak 6,155 kes dilaporkan iaitu meningkat 243 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Selangor mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 3,168 dengan dua kematian diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing dengan 666 kes.

Secara purata sebanyak 280 kes denggi dicatatkan setiap hari di Malaysia di mana 145 daripadanya adalah di Selangor sahaja.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.