Categories
SELANGOR

MB lawat kilang pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia

Oleh: AFEEQA AFEERA

KLANG  21 JAN : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meluangkan masa kira-kira sejam melawat syarikat pengeluar sarung tangan getah terbesar di dunia, Top Glove di Meru, hari ini.

Beliau yang tiba pada pukul 12 tengah hari  disambut Pengerusi Top Glove, Tan Sri Lim Wee Chai sambil diiringi Exco Pelaburan dan Perindustrian, Ean Yong Hian Wah.

IMG_1209a

Sebaik sahaja tiba, beliau diberi penerangan lanjut mengenai pentadbiran syarikat berkenaan yang telah memulakan operasi sejak tahun 1991.

Abdul Khalid ketika ditemui berkata, perkembangan industri sarung tangan getah oleh Top Glove adalah memberangsangkan apabila 25 peratus pembelian sarung tangan di dunia dikeluarkan syarikat itu.

IMG_1191a

Apa yang lebih membanggakan katanya syarikat itu bertapak di Selangor itu berjaya melonjakkan aktiviti pelaburan di negeri itu.

“Top Glove menjemput kita untuk melihat perkembangan industrinya dan bagaimana program peningkatan keluaran mereka setakat ini,” kata Abdul Khalid.

Top Glove mencatatkan pertumbuhan volum yang lebih kukuh secara konsisten sepanjang 2013 dengan kenaikan sebanyak 18 peratus pada akhir tahun kewangan.

Memiliki 26 kilang pengeluar setakat ini, Top Glove berjaya menghasilkan kapasiti sebanyak 43.9 bilion sarung tangan dalam tempoh setahun.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.