Categories
SELANGOR

MBSA sedia kaunter bayaran perbaharui lesen perniagaan di kompleks beli-belah

SHAH ALAM 21 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan kemudahan kaunter bayaran bagi memperbaharui lesen perniagaan 2014 di kompleks beli-belah di sekitar bandar raya Shah Alam.

Timbalan Pengarah Korporat MBSA, Shahrin Ahmad, berkata pembaharuan lesen boleh dibuat untuk tempoh satu, dua atau tiga tahun bagi llesen yang tidak berisiko.

MBSAKatanya, pembukaan kaunter ini memberi peluang dan akan membantu para peniaga untuk memperbaharui lesen perniagaan mereka.

“Sekiranya peniaga gagal memperbaharui lesen perniagaan mereka mengikut tempoh yang ditetapkan tindakan boleh diambil ke atas mereka mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MBSA) 2007,aktiviti yang dijalankan perlu mendapat lesen dan kebenaran dari pihak MBSA,” kata Shahrin dalam satu kenyataan media.

Katanya, sebarang pertanyaan berhubung pembaharuan lesen, sila hubungi Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan, Majlis Bandaraya Shah Alam, Tingkat 13, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, Shah Alam di talian 03-55105133 samb. 1246/1384/1395/1403/1485 ataupun e-mailkan kepada [email protected].

kaunter1

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.