Categories
SELANGOR

Pegawai Kewangan KDEB dilantik pemangku Pengurus Besar PKNS

Oleh: AFEEQA AFEERA

KLANG, 21 JAN : Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Azlan Md Alifiah dilantik sebagai pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sehingga siasatan menyeluruh dapat dilakukan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pelantikan itu adalah bagi menggantikan Datuk Othman Omar yang ditukar sementara ke ibu pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bermula semalam.

Suk PKNS“Kita sudah lantik pemangku dan beliau akan menguruskan PKNS sehingga siasatan selesai,” katanya.

Beliau berkata meskipun jawatan Othman dan Setiausaha Eksekutif Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek digantung sementara waktu, namun mereka tetap menerima gaji bulanan seperti biasa.

Othman dan Noriah ditempatkan di bawah seliaan SUK, Datuk Mohammed Khusrin Munawi bagi memudahkan siasatan menyeluruh dapat dilakukan berikutan pemecatan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali daripada ahli lembaga pengarah.

Perkara itu dilaksanakan selepas mengadakan perbincangan mengenai perkara ini dan menyerahkan surat kuasa kepada Khusrin bagi melaksanakan tindakan pentadbiran ke atas kedua-dua mereka.

Khusrin dalam satu kenyataan pagi tadi turut memaklumkan Azmin kekal digugurkan dan tidak akan dilantik kembali.

Katanya, surat Othman pada 16 Januari lalu yang mengatakan PKNS menarik balik pengguguran tersebut adalah tidak benar.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.