Categories
SELANGOR

3 empangan Selangor utama mampu bertahan

SHAH ALAM 27 FEB : Paras air mentah di tiga empangan utama di Selangor dijangka mampu bertahan dalam tempoh 70 hingga 172 hari berikutan cuaca panas dan kering yang melanda negara sejak awal tahun ini.

Empangan Kelang Gate mampu bertahan 70 hari sementara Empangan Sungai Langat (84 hari) dan Empangan Tasik Subang (172 hari).

air pahangPerkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Eksekutif Bahagian Operasi dan Penyelenggaraan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd Abd Rashid Abd Satar dipetik Harian Metro Online.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya akan menghentikan pelepasan air dari Empangan Klang Gate ke loji penapisan air (LPA) Wangsa Maju mulai esok.

Dalam pada itu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili memberi jamian bekalan air mentah di semua empangan utama di seluruh negara masih mencukupi setakat ini.

Bagaimanapun beliau berkata, bagi kawasan yang mengalami krisis seperti di Johor, Negeri Sembilan dan Selangor, kerajaan akan sentiasa memantau dan melaksanakan langkah mitigasi selain menyalur maklumat yang tepat kepada orang awam.

Beliau berkata demikian ketika melawat Empangan Kelang Gate di sini, hari ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.