Categories
NASIONAL

Pemenang reka logo Konvensyen PR Ke-5 terima hadiah 8 Mac

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 27 FEB: Mesyuarat Jawatankuasa Konvensyen Pakatan Rakyat Kelima hari ini telah memutuskan pemenang hadiah pertandingan logo Konvensyen yang diumumkan sebelum ini.

Pengurus Media dan Publisiti Konvensyen Pakatan Rakyat Kelima, Zaidy Abdul Talib, berkata pemenang pertandingan tersebut bakal menerima hadiah wang tunai sejumlah RM1500.00 yang akan disampaikan pada hari program.

Logo PRKatanya, pemilihan logo tersebut dibuat sesuai dengan tema Konvensyen Pakatan Rakyat Kelima iaitu ‘Pakatan Membela Rakyat’ yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam pada 8 Mac 2014 bermula jam 9.00 pagi – 4.00 petang.

“Hampir 50 penyertaan telah diterima oleh pihak sekretariat,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, Konvensyen Pakatan Rakyat kali ini merupakan konvensyen yang kelima dan Pakatan Rakyat Selangor telah diamanahkan sebagai tuan rumah serta penganjur utama.

“Ia dengan melantik Iskandar Abdul Samad sebagai Pengarah Jawatankuasa Kerja Konvensyen dan dibantu oleh Shuhaimi Shafiei dan Datuk Teng Chang Khim sebagai Timbalan Pengarah 1 dan 2,” katanya.

Beliau berkata, Konvensyen kali ini mensasarkan penyertaan sekurang-kurangnya 1,000 orang perwakilan dari parti-parti Pakatan Rakyat.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.