Categories
SELANGOR

MB tolak dakwaan diminta tandatangan surat letak jawatan

Oleh: Norhayati Umor

KLANG 17 FEB: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan bahawa kepimpinan PKR meminta beliau menandatangani surat perletakan jawatan.

Sebaliknya, Abdul Khalid berkata perkara itu tidak dibincangkan oleh kepimpinan PKR

“Tidak ada. Ia tidak benar. Tidak ada surat.

Abdul Khalid“Saya tidak mahu komen. Apa yang penting, kita berusaha untuk kerja-kerja bagi kemenangan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran Sistem Keselamatan Berkamera (CCTV) di Dewan Hamzah, Majlis Perbandaran Klang, di sini.

The Star melaporkan dakwaan Abdul Khalid diminta menandatangani surat perletakan jawatan bagi membuka laluan kepada calon Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika menang dalam PRK itu.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dalam sidang media di Kajang hari ini turut menolak dakwaan akhbar itu.

Kata Saifuddin berita itu adalah karut kerana sumber yang boleh dipercayai hanya daripada pimpinan tertinggi PKR dan bukan dari sumber yang tidak bernama.
EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.