SHAH ALAM 8 FEB : Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak membantah sebarang usaha untuk melantik Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sarawak yang baru.
Timbalan Ketua AMK Sarawak, Zulhaidah Suboh, berkata Taib Mahmud tidak layak dilantik TYT Sarawak kerana berhadapan dengan ratusan laporan polis dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).
“SPRM tiada kertas siasatan dibuka berkenaan laporan yang telah dibuat oleh rakyat Sarawak melalui badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan,” katanya mengulas spekulasi pengunduran Taib.
Beliau berkata, pendedahan demi pendedahan telah terbongkar termasuk oleh Bruno Maser Fund dan 16 NGO dari Malaysia, Australia, Jerman, Jepun, Switzerland dan United Kingdom berkaitan kepentingan keluarga Taib dalam 332 syarikat Malaysia dan 85 syarikat asing di 25 negara yangg dianggarkan bernilai berbillion ringgit.
Terkini pendedahan harta milik anak Taib, Datuk Seri Bekir Mahmud oleh akauntan Andrew Heng berkenaan angka nilai aset milik beliau yang dikemukan kepada Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur daripada RM1.334 bilion meningkat kepda RM1.395 bilion semasa perbicaraan kes tuntutan harta sepencarian bekas isteri, Shahnaz Majid.
“Pendedahan begini pasti ini tidak tercapai akal untuk rakyat di Sarawak bagaimana Bekir memperolehi kekayaan yang berada di luar jangkaan,” kata Zulhaidah dipetik daripada FMT News.
Beliau berkata sewajarnya SPRM tidak perlu memandang kepada latar belakang dan pangkat individu yang disiasat
“Hingga kini Taib masih tetap bebas dan berkuasa. Seolah-olah Taib kebal SPRM dan sikap ‘fear and favour’, dan secara bebas, telus dan profesional tidak konsisten,Ianya hanya konsisten kepada rakyat biasa sahaja.” katanya.
EZY