Categories
NASIONAL

Rakyat terus desak Kerajaan BN turun harga barang dan perkhidmatan

Oleh: AFIX REDZUAN

DESA PANDAN, 8 FEB: PAS Wilayah Persekutuan melancarkan Roadshow ‘Jom Turun’ dan Solidariti Ekonomi Rakyat Insaf Kotaraya (Serik) bagi meneruskan desakan terhadap Kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap kenaikan harga barang.

Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sambil disaksikan hampir 250 orang hadirin.

Pas Pandan2Acara perasmian turut diserikan dengan tayangan flashmob oleh lima anak muda yang masing-masing menunjukkan sepanduk GST, Tol Naik, Petrol Naik, Elektrik Naik dan Semua Naik sambil disambut dengan laungan ‘Kami Dah Serik’ daripada hadirin.

Pelancaran kempen ini merupakan anjuran Unit Penerangan Solidariti Ekonomi Rakyat dan mereka akan turun ke seluruh negara termasuk di Dun Kajang.

Program ini jangka akan berakhir pada 1 Mei hadapan.

Dalam majlis sama turut diumumkan PAS Titiwangsa telah membuka cawangan baru yang ke 26 di kawasan Cochrane dan menerima permohonan 100 ahli baru.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.