Categories
NASIONAL

Daim disindir ekoran kenyataan dakwa Anwar lemah

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA 26 FEB: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution hari ini melontarkan sindiran tajam kepada bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin atas kenyataannya menganggap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ahli politik yang lemah.

“Ya, saya setuju Datuk Seri Anwar memang ‘lemah’ kerana masa dia jadi Menteri Kewangan dia tidak mengangkat anak dia salah seorang dari 10 yang terkaya dan lemah sebab tidak kumpul kekayaan untuk diri sendiri seperti Tun Daim, masa jadi Menteri Kewangan.

Saifuddin-Nasution_small“Dia juga lemah kerana mengawal hutang negara dengan membayar hutang lebih awal dari jadual dan dia juga lemah sebab bentangkan belanjawan berimbang tidak seperti mana Perdana Menteri sekarang menyebabkan negara berhutang sehingga lebih RM600 bilion,” sindir Saifuddin dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini hari ini.

Saifuddin berkata demikian ketika mengulas satu kenyataan Daim yang mendakwa Anwar merupakan ahli politik dan Menteri Kewangan yang lemah.

Kata beliau lagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu-satunya Menteri Kewangan yang mampu membentangkan belanjawan berimbang berbanding era Daim sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak menjawat jawatan Menteri Kewangan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.