Categories
NASIONAL

PKR gesa SPRM sahkan Taib Mahmud bebas skandal penyelewengan

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 13 FEB: PKR menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud bebas daripada semua kaitan penyelewengan sebelum menjadi Tuan Yang Terutama (TYT) Sarawak.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata ini kerana sekiranya beliau dilantik, Taib bakal kebal daripada pendakwaan undang-undang meskipun dikaitkan dengan penyelewengan atau tuduhan lengkap dengan dokumen termasuk melibatkan keluarganya.

rafizi-TI-01Rafizi dalam sidang media hari ini berkata, laporan Sarawak Report semalam menunjukkan perkaitan jelas di antara sebuah syarikat antarabangsa dengan anaknya, Jamilah Taib.

Syarikat antarabangsa itu yang dikawal adik Ketua Menteri, Onn Mahmud pernah disiasat pihak berkuasa percukaian Jepun atas tuduhan mengelak cukai kerana menerima komisyen balak hampir mencecah 1 billion yen.

“Ini bermakna siasatan di Jepun sudah tentu akan melibatkan siasatan terhadap Taib Mahmud sendiri melalui bukti yang mengaitkan keluarga beliau sendiri dengan penerimaan komisyen balak.

“Walaupun siasatan itu berkaitan tuduhan mengelak cukai, ia melibatkan cukai ke atas penerimaan komisyen dari konsesi balak yang merupakan satu penyelewengan dan rasuah di mata rakyat,” katanya semasa sidang media di Ibu pejabat PKR, di sini.

Jelas Ahli Parlimen Pandan itu, Taib sendiri pernah membuat kenyataan menafikan beliau tahu atau ada kena mengena dengan syarikat di Dewan Undangan Negeri Sarawak sebagai alasan untuk menutup skandal yang panas ketika itu.

Najib dan TaibJusteru, Rafizi menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong membuat pendirian tegas bahawa calon yang dipertimbangkan bagi jawatan TYT perlu bebas dari sebarang siasatan SPRM.

Sehubungan itu, Rafizi akan bertemu SPRM esok untuk mendapatkan pengesahan mengenai perkara ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.