Categories
SELANGOR

PRK DUN Kajang: Zaid Ibrahim bakal hilang deposit

SHAH ALAM 17 FEB: Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim yang menawarkan diri untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang bakal kehilangan deposit, kata penganalisis politik.

Professor Universiti Putra Malaysia (UPM) Jayum Jawan, berkata individu yang bertanding atas kapasiti bebas tidak mempunyai sokongan yang kukuh untuk memperolehi undi daripada Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Zaid Ibrahim

“Zaid Ibrahim bukan lagi penting, melompat dari sini ke sana adalah tiada apa-apa berbanding dengan Anwar,” kata Jayum dipetik dari The Malay Mail Online.

Calon yang bertanding dalam PRK perlu meletakkan deposit sebanyak RM5,000 kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) manakala RM3,000 deposit untuk bahan kempen.

Deposit akan hilang apabila calon gagal untuk mendapatkan kurang daripada satu perlapan daripada jumlah pengundi.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, berkata tindakan Zaid mencalonkan dirinya dalam PRK DUN Kajang tidak akan memberikan kesan kepada populariti Anwar.

Katanya, Zaid bukan seorang ahli politik yang mempunyai pendirian dan tidak pernah menang dalam pillihan raya umum sejak 1999.

PRK DUN Kajang akan berlangsung, pada 23 Mac ini sementara pembuangan undi awal akan dibuat pada 19 Mac ini.

Kerusi DUN Kajang kosong apabila ADUN sebelum ini, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan beliau, pada 27 Januari lalu.

Seramai 39,278 pemilih berdaftar layak mengundi dalam PRK berkenaan, termasuk 1,197 pengundi awal dan 26 pengundi dalam kategori tidak hadir atau berada di luar negara.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.