Categories
NASIONAL

RSF desak FAM siasat petugas media diugut semasa JDT lwn T-Team

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM 3 FEB: Koresponden Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mendesak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menyiasat dan bertindak  berkenaan insiden petugas media diugut ketika perlawanan Johor Darul Takzim (JDT) menentang T-Team supaya ia tidak berulang di masa hadapan.

Wakil RSF, Hata Wahari, berkata media seharusnya menggunakan kuasa sedia ada dalam memberikan laporan kepada umum sekiranya mereka terus diancam terutama ketika menjalankan tugas.

JDT team1Beliau berkata demikian mengulas insiden Sabtu lalu, seorang petugas media yang merakamkan insiden pergaduhan pegawai pasukan bola sepak JDT dan T-Team di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin Johor diugut sekiranya beliau tidak menghentikan rakamannya.

“Cara terbaik media untuk bertindak balas dengan terus membuat liputan besar-besaran mengenani sifat kurang ajar pengurusan JDT.

“Media perlu mendesak FAM mengambil tindakan agar ia tidak boleh dibiarkan terus berlaku lagi.

“Akhir sekali gunalah kuasa kita untuk memboikot, jangan buat laporan positif, bagi publisiti negatif terhadap JDT, baru mereka tahu bahawa media boleh bertindak kalau diugut,” katanya kepada Selangor Kini.

T-TEamInsiden itu turut menyebabkan satu ‘fan page’ “Haramkan TMJ & JDT Dalam Bola Sepak Malaysia” diwujudkan di laman sosial Facebook dan turut berkongsi paparan video berkenaan.

Dalam satu rakaman video yang disiarkan Astro Arena menyaksikan seorang lelaki menjerit: “Pergi belakang! Pergi belakang! Kalau tak nak kamera pecah pergi belakang!”.

Klip video berdurasi 65 saat menunjukkan ugutan itu dihamburkan selepas kamera menggerakkan lensa ke arah pergaduhan yang hanya berlaku beberapa saat.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, berkata FAM perlu menjalankan siasatan terperinci berhubung punca sebenar T-Team tidak mahu meneruskan perlawanan.

Tindakan itu dipercayai akibat pemain import kelahiran Brazil, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo dikasari oleh pengurusan tertinggi JDT ketika menuju ke bilik persalinan selepas tamat separuh masa pertama.

 

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.