Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Liga Super: Selangor tewas 1-0 kepada T-Team

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA TERENGGANU, 3 OGOS: Episod duka Selangor berterusan apabila tewas 1-0 kepada T-Team dalam aksi Liga Super sebentar tadi.

Beraksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Selangor gagal menemui penyudah selepas kali terakhir menang ketika menewaskan Kuala Lumpur dalam kempen Piala Malaysia.

Aksi babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan seimbang meskipun terdapat beberapa percubaan mencari gol di awal permainan.

Selangor terlebih dahulu menguji gawang T-Team menerusi rembatan luar kotak penalti Mauro Olivi pada minit ke-16, namun ditangkap mudah penjaga gol, Wan Muhammad Azraie.

Selang empat minit kemudian giliran T-Team mengasak, bagaimanapun hantaran lintang Patrick Dos Santos Cruz itu gagal mencari rakan sepasukan.

RED-GIANTS-300x214Olivi sekali lagi berpeluang meletakkan The Red Giants di hadapan, namun beliau gagal menampan bola masuk selepas melakukan larian deras sebaliknya berjaya ditangkap kemas penjaga gol T-Team.

Penantian T-Team membuka tirai jaringan akhirnga berjaya menerusi rembatan Konate Makan pada minit ke-36 selepas menerima lorongan Muhamad Zulhanizam Shafine.

Mohd Asrol Ibrahim berpeluang menambah jaringan, namun rembatannya berjaya diselamatkan Norazlan Razali.

Sejurus bersambung babak kedua, T-Team terus ghairah mengatur serangan dan Konate Makan sekali lagi hampir menggandakan jaringan.

Bagaimanapun rembatannya itu berjaya ditepis Norazlan.

Minit ke-54, Selangor menerusi Patrick Ronaldinho hampir menyamakan kedudukan, namun rembatan kaki kirinya tersasar.

Mohd Asrol Ibrahim turut menguji Norazlan di gawang gol tetapi percubaan jarak jauh beliau pada minit ke-59 sekadar melewati palang.

Di minit akhir permainan Konate sekali lagi gagal menyudahkan peluang untuk menambah jaringan apabila rembatannya keluar.

Tiada sebarang jaringan dilakukan sehingga tamat permainan dan keputusan 1-0 kekal memihak kepada T-Team.

Selangor kekal di tangga ketiga dengan 26 mata selepas 16 perlawanan.

-nR-

Categories
SELANGOR

Selangor lawan T-Team di Stadium Shah Alam 4 Mei

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 3 MEI: Selangor bakal beraksi buat pertama kali di Stadium Shah Alam musim ini dalam pertembungan Liga Super menentang Terengganu PBDKT/T-Team pada Rabu, 4 Mei ini (esok malam).

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Rosman Mohd Ibrahim, berkata penyokong boleh mula mendapatkan tiket perlawanan pada 4 Mei bermula jam 3 petang sehingga perlawanan dimulakan.

fas_logoTiket dijual pada harga RM15 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak bawah 12 Tahun.

“Pintu Stadium Shah Alam akan dibuka bermula jam 6.30 petang pada hari perlawanan.

“Penyokong pasukan Terengganu PBDKT/T-Team dinasihatkan untuk menggunakan Pintu A (berhampiran Go-Kart) manakala penyokong Selangor menggunakan Pintu C dan D,” katanya dalam satu kenyataan.

EZY

Categories
NASIONAL

RSF desak FAM siasat petugas media diugut semasa JDT lwn T-Team

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM 3 FEB: Koresponden Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mendesak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menyiasat dan bertindak  berkenaan insiden petugas media diugut ketika perlawanan Johor Darul Takzim (JDT) menentang T-Team supaya ia tidak berulang di masa hadapan.

Wakil RSF, Hata Wahari, berkata media seharusnya menggunakan kuasa sedia ada dalam memberikan laporan kepada umum sekiranya mereka terus diancam terutama ketika menjalankan tugas.

JDT team1Beliau berkata demikian mengulas insiden Sabtu lalu, seorang petugas media yang merakamkan insiden pergaduhan pegawai pasukan bola sepak JDT dan T-Team di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin Johor diugut sekiranya beliau tidak menghentikan rakamannya.

“Cara terbaik media untuk bertindak balas dengan terus membuat liputan besar-besaran mengenani sifat kurang ajar pengurusan JDT.

“Media perlu mendesak FAM mengambil tindakan agar ia tidak boleh dibiarkan terus berlaku lagi.

“Akhir sekali gunalah kuasa kita untuk memboikot, jangan buat laporan positif, bagi publisiti negatif terhadap JDT, baru mereka tahu bahawa media boleh bertindak kalau diugut,” katanya kepada Selangor Kini.

T-TEamInsiden itu turut menyebabkan satu ‘fan page’ “Haramkan TMJ & JDT Dalam Bola Sepak Malaysia” diwujudkan di laman sosial Facebook dan turut berkongsi paparan video berkenaan.

Dalam satu rakaman video yang disiarkan Astro Arena menyaksikan seorang lelaki menjerit: “Pergi belakang! Pergi belakang! Kalau tak nak kamera pecah pergi belakang!”.

Klip video berdurasi 65 saat menunjukkan ugutan itu dihamburkan selepas kamera menggerakkan lensa ke arah pergaduhan yang hanya berlaku beberapa saat.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, berkata FAM perlu menjalankan siasatan terperinci berhubung punca sebenar T-Team tidak mahu meneruskan perlawanan.

Tindakan itu dipercayai akibat pemain import kelahiran Brazil, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo dikasari oleh pengurusan tertinggi JDT ketika menuju ke bilik persalinan selepas tamat separuh masa pertama.

 

EZY