Categories
NASIONAL

Saifuddin: Penyertaan Mat Taib dalam kepimpinan Selangor bukan aneh

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA 14 FEB : Penyertaan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib membarisi kepimpinan Kerajaan Selangor bukan sesuatu perkara aneh.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, berkata beliau mengalu-alukan kehadiran beliau kerana percaya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bijak menilai kebolehan dan potensi seseorang.

saifuddin nasution“Bahkan ia bukan sekadar Mat Taib, tetapi seramai yang boleh.

“Saya mengalu-alukannya sebab Muhammad juga telah menjadi MB Selangor selama 11 tahun, tentu ada kekuatan tersendiri,” katanya dalam satu sidang media di Ibu pejabat PKR.

Saifuddin percaya cadangan kenyataan itu datang memandangkan pengalaman Anwar selama 17 tahun di dalam Umno-BN.

“Anwar dengan pengalaman politik lama, beliau seorang demokratik dan percaya dengan kebolehan seseorang serta pintar menilai potensi seseorang.

“Jika itu kenyataan beliau, ia lumrahnya datang dari Anwar. Beliau akan tengok kebolehan seseorang melampau sempadan parti politik,” kata Saifuddin.

Anwar dalam ceramahnya di Kompleks Penghulu, Kajang baru-baru ini mahu membawa masuk Muhammad Taib ke dalam pentadbiran negeri sekiranya beliau menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang Mac depan.

Ini kerana kebolehan pemimpin itu dalam urusan pembangunan desa diperlukan dalam memantapkan pentadbiran negeri.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.