Categories
SELANGOR

Tempoh kempen PRK Kajang ‘khas’ untuk Anwar?

Oleh Afix Redzuan

KAJANG 6 FEB: Kempen 13 hari untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang berikutan cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding, menimbulkan persoalan, malah kecurigaan.

Hal itu mendapat perhatian Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang memberi reaksi dalam ucapannya pada ceramah di Taman Kajang Baru, malam tadi.

Secara berseloroh, beliau ‘memuji’ Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memberi tempoh berkempen antara yang terpanjang dalam sejarah PRK yang sekian lama didesak pimpinan Pakatan Rakyat.

DSC_5312

“Apa bagus betul bagi masa lama kat Anwar. Inilah PRK yang panjang masanya diberikan. Sebulan setengah kat Anwar,” katanya depan hampir 300 penduduk tempatan.

SPR semalam memaklumkan tarikh penamaan calon pada 11 Mac manakala pengundian awal pada 19 Mac dan pembuangan undi berlangsung 23 Mac.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk Bersih menuntut tempoh kempen sehingga 21 hari tetapi tidak diendah sebaliknya hanya memberi masa kempen sekitar tujuh hari sahaja.

EMY_5936

Keputusan itu secara tidak langsung menimbulkan kecurigaan apatah lagi penyertaan Anwar dalam PRK itu dibuat secara mengejut ketika parti pemerintah tidak bersedia.

Dalam ucapan sama, Anwar juga menyatakan keazaman untuk sedaya upaya membantu menyelesaikan masalah setempat antaranya kesesakan trafik dan kemudahan asas.

E04E6106

Beliau juga menyifatkan PRK itu sebagai peluang untuk rakyat mengegarkan isu nasional termasuk isu kenaikan pelbagai harga barang, kebelakangan ini.

– FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.