Categories
NASIONAL

Teresa : Ganjaran RM500 keterlaluan

Oleh : LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 7 FEB: Tindakan sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) menawarkan ganjaran RM500 bagi sesiapa yang berjaya menampar dirinya adalah melampau, tegas Teresa Kok.

Ahli Parlimen Seputeh itu berkata, tawaran ekstrem berkenaan pasti tidak dipersetujui semua pihak yang waras.

“Langkah ini nampaknya adalah tindakan balas dendam terhadap klip video satira politik Tahun Baru Cina, baru-baru ini.

“Saya yakin Menteri Umno dan Barisan Nasional (BN) juga tidak akan merestui tawaran keterlaluan ini,” katanya dalam status Facebook.

TERESA KOKTawaran berkenaan dibuat seorang aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mustafa Hamzah dalam perhimpunan di Jalan Tun Perak, semalam.

Mustafa berkata, tawaran itu akan diberikan secara tunai kepada golongan anak muda yang berani mempertahankan tanah air.

Portal Malaysian Insider melaporkan tawaran berkenaan juga kini meningkat sehingga RM1,200.

Dalam perkembangan lain, Teresa yang juga Naib Pengerusi DAP dijangka membuat laporan polis berhubung ancaman berkenaan hari ini.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.