Categories
SELANGOR

(KEMAS KINI) 10,000 rakyat banjiri Stadium Kajang, Reformasi 2.0 bergema

Oleh Lizawati Madfa

(KEMAS KINI) KAJANG, 21 MAC: Stadium Kajang mencatat sejarah dengan gema laungan reformasi daripada segenap lapisan rakyat khususnya penyokong Pakatan Rakyat pada program pelancaran Reformasi 2.0.

Kira-kira 10,000 hadir bagi menyatakan sokongan kepada Pakatan ekoran bantahan terhadap keputusan mahkamah yang memenjarakan tokoh reformasi, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

971657_415613098582531_80743056_n

Kehadiran mereka juga didorong akibat bantahan terhadap keputusan mahkamah yang melucutkan Karpal Singah sebagai Ahli Parlimen, selain menunjukkan sokongan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang .

Mulanya, bilangan yang hadir sekitar 5,000 orang tetapi jumlahnya terus meningkat menyedari Anwar bakal berucap pada akhir program itu.

MG_5535

Antara pimpinan utama Pakatan yang lantang berucap ialah Datuk Husam Musa, Mohamed Azmin Ali, Rafizi Ramli, Datuk Saifuddin Nasution, Tian Chua dan ramai lagi.

Turut kelihatan di sisi pentas utama adalah Nurul Izzah Anwar,  Khalid Samad, malah Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said turut menyatakan sokongan tidak berbelah bagi.

BjRL89ACYAAQBj4

Sekalipun hanya diberi masa kira-kira tiga minit setiap seorang untuk menyuarakan bantahan, pentas tidak putus-putus dengan pidato bernas dan sarat semangat.

Rakyat – Melayu, Cina, India dari semua lapisan usia, tidak putus-putus meneriak slogan reformasi dan takbir, menyedari kezaliman regim Umno BN yang dilakukan terhadap Anwar.

Laungan Reformasi semakin menjadi-jadi apabila Dr Wan Azizah yang juga calon PRK Kajang, memberi ucapan yang menyentuh perasaan.

BjQtrc5CQAAsmdda

Kemuncak program ialah protes terhadap institusi kehakiman apabila lampu stadium dipadam seketika tetapi suasana tetap cerah dengan cahaya telefon bimbit rakyat.

Ia simbolik terhadap zaman gelap institusi kehakiman di negara ini tetapi ia tetap ‘cerah’ melalui kebangkitan rakyat segenap lapisan.

Selain mereka, ribuan lagi rakyat yang tidak dapat hadir ke pelancaran itu mengikuti siaran langsung yang dibawa melalui http://tv.selangorku.com

-NFN FZL-

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.