Stadium Kajang dinaiktaraf untuk keselesaan orang awam beriadah

Stadium Kajang semakin menjadi tumpuan orang awam kerana aktif dengan pelbagai aktiviti riadah. Kemudahan akan dinaiktaraf

Categories
SELANGOR

Stadium Kajang dinaiktaraf galakkan masyarakat bersukan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KAJANG, 16 NOV: Stadium Kajang dinaiktaraf bagi memastikan keselesaan dan kemudahan orang ramai yang menggunakan stadium itu yang terletak di tengah Bandar Kajang.

Exco Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata hal ini ekoran stadium itu semakin menjadi tumpuan orang ramai untuk mengadakan pelbagai aktiviti riadah.

AMIRKatanya ini termasuk pada waktu malam selepas Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) membukanya untuk kegunaan orang ramai.

“Tahniah kepada MPKj yang membuka kepada awam pada dua, tiga tahun kebelakangan ini kita dapat lihat meriah terutama di malam minggu dan saya bincang dengan serius tadi dengan MPKj untuk menaiktaraf stadium ini.

“Bila MRT selesai dibina kita akan menaiktaraf stadium MPKj,” kata Amirudin kepada Selangor Kini pada program Simfoni Muzikal dan Kebudayaan 2015 dan Exco Le Tour Selangor 2015 di Kompleks Metropoint, di sini, semalam.

Amirudin turut menggesa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di daerah lain mencontohi langkah MPKj bagi menarik minat pelbagai lapisan masyarakat memanfaatkan stadium daerah dengan pelbagai program riadah.

“Kepada tempat lain perlu lihat untuk mengadakan program seumpama ini tetapi kena tengok pada lokasi sebab Stadium Kajang ini di tengah bandar, jadi tidak ada masalah tetapi sebahagian stadium lain pula agak luar sedikit tetapi masih ada ruang untuk diperbaiki,” kata Amirudin lagi.

Amirudin turut mencadangkan PBT meningkatkan kemudahan di stadium termasuk mewujudkan laluan bas awam bagi menarik minat masyarakat setempat beriadah dan lain-lain.

Sebelum ini Stadium Kajang yang agak ‘mati’ pada waktu malam mula menjadi tumpuan masyasrakat setempat untuk menjalankan pelbagai aktiviti sukan.

EZY

Categories
SELANGOR

(KEMAS KINI) 10,000 rakyat banjiri Stadium Kajang, Reformasi 2.0 bergema

Oleh Lizawati Madfa

(KEMAS KINI) KAJANG, 21 MAC: Stadium Kajang mencatat sejarah dengan gema laungan reformasi daripada segenap lapisan rakyat khususnya penyokong Pakatan Rakyat pada program pelancaran Reformasi 2.0.

Kira-kira 10,000 hadir bagi menyatakan sokongan kepada Pakatan ekoran bantahan terhadap keputusan mahkamah yang memenjarakan tokoh reformasi, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

971657_415613098582531_80743056_n

Kehadiran mereka juga didorong akibat bantahan terhadap keputusan mahkamah yang melucutkan Karpal Singah sebagai Ahli Parlimen, selain menunjukkan sokongan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang .

Mulanya, bilangan yang hadir sekitar 5,000 orang tetapi jumlahnya terus meningkat menyedari Anwar bakal berucap pada akhir program itu.

MG_5535

Antara pimpinan utama Pakatan yang lantang berucap ialah Datuk Husam Musa, Mohamed Azmin Ali, Rafizi Ramli, Datuk Saifuddin Nasution, Tian Chua dan ramai lagi.

Turut kelihatan di sisi pentas utama adalah Nurul Izzah Anwar,  Khalid Samad, malah Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said turut menyatakan sokongan tidak berbelah bagi.

BjRL89ACYAAQBj4

Sekalipun hanya diberi masa kira-kira tiga minit setiap seorang untuk menyuarakan bantahan, pentas tidak putus-putus dengan pidato bernas dan sarat semangat.

Rakyat – Melayu, Cina, India dari semua lapisan usia, tidak putus-putus meneriak slogan reformasi dan takbir, menyedari kezaliman regim Umno BN yang dilakukan terhadap Anwar.

Laungan Reformasi semakin menjadi-jadi apabila Dr Wan Azizah yang juga calon PRK Kajang, memberi ucapan yang menyentuh perasaan.

BjQtrc5CQAAsmdda

Kemuncak program ialah protes terhadap institusi kehakiman apabila lampu stadium dipadam seketika tetapi suasana tetap cerah dengan cahaya telefon bimbit rakyat.

Ia simbolik terhadap zaman gelap institusi kehakiman di negara ini tetapi ia tetap ‘cerah’ melalui kebangkitan rakyat segenap lapisan.

Selain mereka, ribuan lagi rakyat yang tidak dapat hadir ke pelancaran itu mengikuti siaran langsung yang dibawa melalui http://tv.selangorku.com

-NFN FZL-

 

 

JURNAL BERITA – 63% responden mahu Abdul Khalid kekal MB Selangor

1. Kajian UNISEL: 63% responden mahu Abdul Khalid kekal MB Selangor

2. Wan Azizah : Pengundi tidak boleh ambil mudah PRK Kajang

3. PKR: 11 telefon bimbit digodam, SKMM berdiam

4. Mahfuz : Najib ‘beri isyarat’ siasat juruterbang MH370

5. SPR : Belum ada calon mohon tidur lokap, pasti peti undi selamat

6. PRK Kajang: Pertambahan pengundi awal daripada 300 kepada 1187 meragukan

7. Selangor bantu anak Allahyarham Kpl Raja Aizam dapatkan pekerjaan

8. PKR: Ahli Parlimen PR terus pertikai sesi penjelasan ‘sulit’ MH370

9. Wan Azizah hanya mampu pandang sekolah dirasmi suaminya dari luar

10. Selangor bekerjasama bawa pasukan Liga M ke Stadium Kajang

11. AKTIVITI YB : Adun Sementa turun padang lawat kawasan ribut

12. AKTIVITI YB: Anak gembira ibunya terima sumbangan kerusi roda

13. AKTIVITI YB: Seramai 25 orang tamat kursus jahitan PWB

Categories
SELANGOR

Selangor bekerjasama bawa pasukan Liga M ke Stadium Kajang

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 18 MAC: Kerajaan Selangor sedia bekerjasama dengan pihak yang mahu membawa salah satu pasukan yang bermain dalam Liga Malaysia dengan menjadikan Stadium Kajang sebagai stadium utama pasukan itu.

Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, usaha itu sejajar dengan dasar kerajaan negeri yang berusaha meletakkan sukan bola sepak negeri gergasi bola sepak negara itu ke tahap lebih tinggi.

Dr yunus pic mza1“Dengan menjadikan Stadium Kajang sebagai stadium utama dan tempat latihan salah satu pasukan Liga Malaysia nanti ia akan memeriahkan lagi pembangunan sukan bola sepak Selangor khususnya di Kajang sendiri.

“Melalui kerjasama ini kita juga dapat mencungkil bakat-bakat baru. Kerajaan Negeri memang komited mengangkat sukan bola sepak Selangor bukan di Kajang sahaja, malah seluruh Selangor,” kata Dr Ahmad Yunus ketika dihubungi Selangor Kini di sini.

Terdahulu dalam Manifesto Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di bawah teras Pembangunan Anak Muda dan Usahawan Kecil menyatakan akan membawa sebuah pasukan bola sepak di Liga Malaysia dengan menjadikan Stadium Kajang sebagai stadium utama untuk latihan dan perlawanan.

Manifiesto itu dilancarkan calon PR dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah pada 12 Mac lalu.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzli memberitahu, PKR akan berusaha memastikan pasukan yang dipilih dari Lembah Klang itu dapat menjadikan Stadium Kajang sebagai lubuk mereka menjelang musim baru Liga Malaysia nanti.

EZY

JURNAL BERITA – Selangor tutup sekolah jika jerebu meningkat

)
1. MB : Nilai hartanah diserah TALAM meningkat RM700 juta

2. MB : Kerajaan negeri tidak tawar harga rendah kepada konsesi air

3. Wan Azizah: ‘Jawatan MB bukan isu utama’

4. Wan Azizah : Peniaga nafi ada ayam dijual RM1

5. Selangor akan tutup sekolah jika jerebu terus meningkat

6. Stadium Kajang bakal jadi lokasi utama pasukan liga Malaysia

7. MH370 : Kenyataan bercanggah, Hishamuddin diserang media antarabangsa

8. ABIM desak kerajaan BN henti amalan khurafat di KLIA

9. Rodziah : Wan Azizah pelengkap kekuatan ADUN wanita di Selangor

10. Bas komuniti percuma MBSA mula beroperasi

11. Program Mini Malaysia-Japan Festival 2014