Categories
NASIONAL

89 Ahli Parlimen PR boikot sidang Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 11 MAC: Semua 89 anggota Parlimen Pakatan Rakyat (PR) hari ini memboikot sidang Parlimen dengan tidak muncul pada hari pertama sidang Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat semalam memakai sut hitam biasa ke Parlimen dan bukannya sut protokol adat berwarna putih sewaktu menghadiri ucapan Yang di-Pertuan Agong secara rasmi membuka sesi Parlimen tahun ini, sebagai tanda “protes”.

Pakatan Rakyat Leaders ParlimenWalaupun sut putih itu biasanya dipakai semua 222 ahli parlimen, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ahli parlimen Pakatan memakai sut hitam seperti sidang Parlimen biasa sebagai tanda protes terhadap “ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa”.

Pakatan mengumumkan hasratnya untuk memboikot perarakan dan jamuan diraja kerana Anwar berkata partinya tidak mahu bersama pihak yang “kejam dan zalim”.

Pada masa sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi ini muncul untuk memberi jawapan lisan kepada soalan bertulis yang pada kebiasaannya dijawab Timbalan Menteri Kewangan atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi pihaknya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.