Categories
SELANGOR

Cubaan serang Anwar, serlah sikap ganas penyokong BN

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KAJANG 23 MAC: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim nyaris diserang dengan penyokong Barisan Nasional (BN) ketika sedang menuju ke Pusat Pengundian Sungai Sekamat.

Pengarah Pilihan Raya PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, Dr Mohd Hatta Ramli berkata serangan itu berlaku ketika Anwar sedang melalui jalan.

“Ia berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang punca, individu ini meluru ke arah Anwar.

“Penyokong BN langsung tidak memikirkan perasaan orang yang dikenakan hukuman penjara tetapi hanya memikirkan soal kuasa politik mereka yang terhakis hingga sanggup membelakangkan undang-undang dengan bertindak ganas.

“Saya dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang bersama Anwar juga hampir diserang,” kata Dr Mohd Hatta ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

Serangan itu dipercayai ditujukan kepada Anwar dengan percubaan untuk menumbuk dan mencederakan Anwar.

Bagaimanpun tindakan ganas itu sempat dihalang pengawal peribadi, anggota polis dan orang ramai yang berada di kawasan terbabit.

Dr Mohd Hatta juga memberitahu polis dikatakan tidak menahan individu terbabit.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.