Categories
SELANGOR

IPU sangat tidak sihat, sekolah di Kuala Langat pula diarah tutup

SHAH ALAM, 14 MAC : Ekoran indeks pencemaran udara (IPU) yang mencatatkan bacaan sangat tidak sihat di Banting, Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) hari ini mengarahkan semua 71 sekolah di daerah Kuala Langat ditutup serta-merta berikutan jerebu.

Tindakan itu adalah susulan daripada penutupan semua 131 buah sekolah di daerah Klang semalam yang dimaklumkan Pengarah Pendidikan Selangor, Datuk Mahmud Karim.

Memetik BERNAMA, Mahmud berkata, sekolah boleh ditutup jika bacaan IPU melebihi 200 iaitu bacaan sangat tidak sihat.

jerebu di lembah klang“Arahan penutupan sekolah di Kuala Langat dilakukan hari ini kerana pengetua mendapati pelajar di sesetengah sekolah di Tanjung Sepat, Banting mula mengalami masalah mata merah dan berair.

“Kita benarkan pengetua menggunakan budi bicara masing-masing untuk menutup sekolah,” katanya.

Laman seswang Jabatan Alam Sekitar (JAS) mencatatkan, bacaan IPU di Pelabuhan Klang sehingga pukul empat petang ialah 304 (berbahaya), manakala Banting mencatat IPU 294 (sangat tidak sihat).

Beberapa kawasan lain yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah Shah Alam (160), Petaling Jaya (182), Kuala Selangor (134), Putrajaya (167), Batu Muda (177) dan Cheras (143).

Selain itu, negeri Melaka dan Negeri Sembilan turut mencatat IPU tidak sihat antaranya di kawasan Bandaraya Melaka (120), Bukit Rambai (133), Nilai (159), Port Dickson (165) dan Seremban (145), manakala di Johor Bahru iaitu Muar mencatat bacaan IPU 109.

Leave a Reply

Your email address will not be published.