Categories
NASIONAL

Lori Lynas terbalik, kesihatan penduduk Mantakab terancam

Oleh : LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 29 MAC : Susulan kejadian lori Lynas terbalik di Pahang semalam, DAP menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan wajar dan segera.

Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, berkata tindakan pantas perlu dilakukan dalam situasi berkenaan bagi mengelakkan sebarang kesan yang tidak diingini terutama terhadap penduduk setempat.

Katanya, kelewatan mengambil tindakan berkemungkinan mengundang mudarat dan membahayakan penduduk ekoran kandungan bahan kimia yang tertumpah.

tengku-zul“Sehingga kini masih tidak ada pengesahan dari polis dan Jabatan Alam Sekitar apakah jenis bahan kimia itu. Setakat ini juga, hanya polis Temerloh sahaja yang buat sidang media, tetapi mengapa pihak Lynas berdiam diri,” katanya.

Memetik laporan Roketkini, Tengku Zulpuri bergegas ke tempat kejadian di Mentakab pagi semalam dan menerima aduan terdapat penduduk mengalami kegatalan di kulit muka dan badan akibat sisa kimia yang terbalik itu.

“Jika kecuaian tidak diatasi segera, apakah pihak berwajib boleh memberi jaminan bahawa bahan kimia dibawa tidak mengancam kesihatan dan keselamatan penduduk terkawal.

“Jika bahan itu terjatuh dari lori yang ditutup dengan kanvas, adakah ini sahaja SOP (standard operating procedure) untuk mengangkut bahan berbahaya Lynas,” katanya.

lynas+xcidenSemalam, satu kemalangan membabitkan sebuah lori yang membawa produk nadir bumi Lynas berlaku di kilometer 149, Jalan Persekutuan Kuala Lumpur-Kuantan di Lanchang, Pahang.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Abdul Aziz Salleh mengesahkan lori itu membawa 15 bekas berisi cecair kimia iaitu PrND Chloride dan 13 daripadanya bertaburan di atas jalan raya.

Abdul Aziz juga dilaporkan berkata, cecair yang boleh menyebabkan kegatalan itu juga mampu membunuh ikan jika mengalir masuk ke dalam sungai.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.