Categories
SELANGOR

MB: MOU air bukan rahsia, rakyat boleh teliti dokumen

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 23 APRIL : Kerajaan Selangor tidak pernah menyembunyikan sebarang fakta terkandung di dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Penstrukturan Air seperti mana didakwa sesetengah pihak.

Ini terbukti apabila Pejabat Menteri Besar dalam Persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) baru-baru ini mengadakan pendedahan awam terhad MoU itu kepada mana-mana pihak meneliti dokumen terbabit.

Air-MB1Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata langkah itu diambil selaras dengan polisi kebebasan maklumat Kerajaan Negeri.

“Tak apalah kalau tidak ramai tengok sebab dewan itu terbuka kepada yang berminat.

“Kita teruskan polisi ketelusan dan kebebasan maklumat dengan salurkan seberapa banyak maklumat yang boleh kepada rakyat,” kata Abdul Khalid selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, hari ini.

Pendedahan awam itu dibuka sejak 7 April lalu iaitu hari pertama sidang DNS hingga hari terakhir sidang DNS berlangsung 18 April lalu.

Sebelum ini wujud dakwaan Kerajaan Negeri enggan berkongsi maklumat berhubung isi kandungan MoU yang ditandatangani oleh Abdul Khalid dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili.

Bagaimanapun tatkala Pejabat Menteri Besar mengadakan sesi pendedahan awam terhad dokumen yang diklasfikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) itu pada sidang DNS lalu, Selangor Kini mendapati hanya 12 orang sahaja yang mengambil peluang itu.

Selangor Kini mendapati seramai 11 pengamal media dan seorang pengamal perundangan dengan tanpa seorang pun pemimpin politik mengambil peluang meneliti MoU terbabit.

Sesi pendedahan awam terhad itu terbuka kepada semua pihak berminat dengan beberapa syarat mudah.

EZY

JURNAL BERITA – MB: Pendapatan saya dalam GLC dikembali kepada Selangor

1. DYMM Sultan: Rizab Selangor RM2.9 bilion, pencapaian cemerlang perlu diteruskan

2. DYMM Sultan: Selangor komited bina kediaman rakyat

3. MB: ‘Semua pendapatan saya dalam GLC dikembalikan kepada Kerajaan Negeri’

4. Wan Azizah: 16 tahun keluarga difitnah, apa perasaan anda jika ditempat saya?

5. MB: Langat 2 bukan punca catuan air

6. Tiada pemusatan kuasa, MB amal prinsip bertukar pandangan

7. MOU Air tidak perlu terikat OSA

8. Selangor rancang bina hospital di Kapar, tampung lebih ramai pesakit

9. Selangor tambah alat kesan kualiti udara automatik

10. Kuala Selangor catat pelaburan RM1.26 juta

Categories
SELANGOR

Pakatan: Gamuda tidak layak pertikai MOU air Selangor-Pusat

Oleh: Lizawati Madfa

SHAH ALAM 2 APRIL: Pengarah Urusan Kumpulan Gamuda Berhad, Datuk Lin Yun Ling sama sekali tidak layak untuk bercakap tentang kesucian kontrak konsesi air di Selangor, sedangkan beliau sebenarnya hanya menginginkan keuntungan tidak munasabah untuk pemegang saham syarikat itu.

Dalam satu kenyataan bersama, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, Yun Ling juga bersikap hipokrit apabila mempersoalkan kewajaran Kerajaan Pusat mahu menggunakan Seksyen 114, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 114).

Air-MB1Kata mereka, Yun Ling sepatutnya jelas dengan terma yang terdapat di dalam perjanjian yang terdapat klausa untuk menamatkan pegangan konsesi dan membeli semula oleh kerajaan pusat atau negeri dengan syarat yang wajar.

“Oleh itu, Pakatan Rakyat (PR) menyokong penuh usaha Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri untuk meminta Kerajaan Pusat menggunakan WSIA 114 bagi menyelesaikan isu dalam penstrukturan air.

“Ini bagi membolehkan Kerajaan Negeri fokus kepada pelaburan dan meningkatkan kualiti dan kuantiti bekalan air yang disalurkan kepada pengguna,” kata mereka.

Jumaat lalu, melalui The Edge, Yun Ling mendakwa beliau meragui keikhlasan kontrak yang ditandatangani anak syarikat Gamuda, Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings (Splash) dalam industri air di Selangor.

Beliau juga mempersoalkan mengapa konsep ‘persetujuan bersama pembeli dan penjual (willing buyer, willing seller) tidak digunapakai sehingga memerlukan pengaktifan WSIA 114.

Bagaimanapun, pemimpin PR berkata, Yun Ling sebenarnya bukan mahu urusan dijalankan melalui persetujuan bersama pembeli dan penjual, sebaliknya dia mahukan urusan itu dilakukan secara memeras pembeli (delirious seller, extorted buyer deal).

“Malah, polisi ‘willing buyer, willing seller’ juga pernah digunakan Kerajaan Negeri untuk mengambil alih pegangan konsesi air di Selangor selama enam tahun namun tidak berjaya.

“Gamuda yang sebenarnya menekan rakyat apabila tidak mahu menerima tawaran tinggi daripada Kerajaan Negeri sebelum ini hingga menyebabkan rakyat menghadapi krisis air dan ini perlu diselesaikan segera,” kata mereka.

Dengan aktifnya WSIA, pampasan yang bakal diterima setiap syarikat konsesi dijangka RM2 bilion lebih rendah berbanding harga yang pernah ditawarkan Kerajaan Negeri.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri menawarkan pampasan RM 9.65 billion kepada syarikat konsesi namun hanya syarikat Abbas yang menerima tawaran sementara tiga yang lain; Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga termasuk Splash tidak bersetuju.

EZY

Categories
BERITA UTAMA

Subky Latif: MOU air Selangor yang bijaksana

Oleh: Subky Latif

Sehingga rencana ini ditulis kandungan MOU antara kerajaan Selangor dan kerajaan Persekutuan tentang penyelesaian isu air di Selangor belum didedahkan.

Tetapi ia adalah satu penyelesaian yang mengikut bahasa orang sekarang menang-menang.

Air-MB1Pada pandangan kasarnya negeri Pakatan Rakyat Selangor tidak kalah dan kerajaan BN Malaysia pun tidak kalah. Walaupun Selangor tidak menang semua, kerajaan pusat BN pun tidak menang semua.

Yang dikehendaki oleh kerajaan Selangor ialah ia mahu menstruktur semula perkhidmatan air di Selangor yang Wilayah Persekutuan Lembah Klang termasuk di dalamnya. Ia mahu memberi apa yang dijanjikannya dalam manifesto PRU 2008.

Ia mahu memberi air percuma bagi yang bilnya tidak melebihi 20 meter padu sebulan, tiada kenaikan tarif air dalam jangka waktu belum difikirkan lamanya, cukup air terawat di luar masa bencana dan lain-lain.

Semua kemudahan dan kebajikan rakyat tidak berikan diberikan selagi semua agensi air yang dikonsensi itu tidak dipulangkan pentadbirannya kepada kerajaan Selangor.

Maka kerajaan Selangor seperti membeli semua syarikat berkenaan dengan tawaran harga yang tinggi sekitar RM9 bilion. Jumlah itu adalah termasuk mengambil alih semua eset dan pinjaman bank serta keuntungan bagi orang-orang yang bertuah mendapat konsensi itu.

air-syabas_MB1Kerajaan pusat pula bagi memudahkan Selangor dapat apa yang dimahunya menambah pula RM2 bilion supaya senang konsesi melepaskan harta Qarun itu.

Selangor tidak mahu loji Langat-2 itu tetapi tiada cara kerajaan pusat hendak menjaga air mukanya kalau loji itu tidak diterima sama. Payah bagi kerajaan pusat dan si konsensi untuk melepaskan konsensinya jika loji itu tidak disetujui.

Lagi pun di akhirnya nanti Selangor dapat loji yang besar dan canggih.

Ada tanda-tanda tawaran yang dibuat oleh kerajaan Selangor adalah satu hadiah Selongor pihak-pihak yang bertuah itu. Si konsensi tidak menerima tawaran Selangor itu kerana ia tidak mahu hilang kilang duitnya atau ia tidak cukup dengan hadiah itu.

MB Melawat Loji Air Kuala Selangor 03Jika kedua-dua pihak hendak berkeras kepala, ada tanda-tanda kerajaan Selangor akan dapat semula semua tanpa membuat apa-apa tawaran. Dikatakan ada peraturan kerajaan Selangor boleh ambil bodoh saja khazanah itu tanpa beri apa-apa kepada sekalian ahli perniagaan itu.

Tetapi kalau kerajaan Selangor buat macam itu, seperti ia merampas dan memilik negerikan semua syarikat itu seperti yang dilakukan oleh kebanyakan ala sosialis yang merampas semua syarikat asing.

Ada payahnya dari segi imej dan budi bahasa bagi kerajaan Selangor, tetapi Selangor boleh ambil tindakan begitu. Kalau itu yang terjadi akan berbalah sakanlah kesemuanya tetapi Selangor boleh dapat percuma apa yang ia hendak.

Tapi Selangor tidak mahu ambil milik itu mengikut cara Tuan Mugabee di Zimbabwe. Jangan rampas rezeki orang walaupun cara mereka mendapatkannya dulu penuh dengan tanda tanya.

Menteri Besar Selangor adalah bapa saudagar kepada semua saudagar, tahu apa susah dan kerenahnya jika berbalah dengan sekalian saudagar.

Caranya dia tidak ambil percuma milik yang dia tidak salah dari segi peraturan. Orang selama ini mendapat tuah masih ada lagi tuahnya.

Tidaklah hilang rezeki langsung. Ada juga royalti dan lain-lain keuntungan. Cuma mereka tidak boleh jadi raja air untuk buat apa mereka suka.

Pilihan buat si konsensi ialah mahu rezeki melillih lagi walaupun hilang milik atau tak mahu dapat apa-apa lagi. Langkah yang bijaksana itu, beli balik dengan harga yang patut supaya semua pihak dapat apa yang patut.

Walapun konsensi tidak lagi dapat semua tetapi ia tidak pula hilang semua. Yang penting Selangor dapat yang ia mahu.

Dipetik: Harakah Daily

Azmin bertukar nada, sekarang sokong kepentingan MoU air

http://tv.selangorku.com

JURNAL BERITA – MB : Kembalikan hak air jadi legasi saya

1. MB : RM2 juta laksana program, tingkat kemahiran belia

2. Kembalikan hak air untuk rakyat jadi legasi terbaru saya – MB

3. MoU Air : Pimpinan PR, Azmin anggap kejayaan seluruh rakyat Selangor

4. KeTTHA: Semakan tarif air kini di tangan kerajaan Selangor

5. MBPJ : 10 bas percuma mulai April

6. MBPJ buka bilik gerakan hadapi krisis air

7. Pusat urut disyaki jalankan aktiviti pelacuran diserbu MPS

8.KDN larang penerbitan buku ‘Ultraman The Ultra Power’

Categories
SELANGOR

MB : Ada pihak ‘terkilan’ tidak dibawa dalam MoU Air

Oleh : NORHAYATI UMOR

KAJANG, 7 MAC: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan kritikan berhubung Perjanjian Persefahaman (MOU) air antara kerajaan negeri dan pusat mungkin disebabkan ada pihak ‘terkilan’ tidak diajak bersama dalam proses pelaksanaan terbabit.

Beliau turut menyifatkan MoU air itu ditandatangani demi kepentingan rakyat walaupun mengundang rasa tidak puas hati beberapa pihak ekoran tidak memaklumkan perkara terbabit.

“Ini demokrasi, rakyat setuju dengan syarat pelaksanaan mesti betul yang bermaksud orang parti mesti menyokong tindakan itu.

Abdul Khalid“Cuma ada orang yang ‘terkilan’ tidak dibawa bersama untuk mengangkat bendera itu,” katanya tanpa menyebut mana-mana individu.

Abdul Khalid juga mengakui terdapat jawatankuasa khas bagi meneliti kandungan MoU berkenaan dan menyifatkan penubuhan jawatankuasa itu juga membuktikan kerajaan negeri mengamalkan ketelusan dalam pentadbiran.

“Ada. Jawatankuasa itu memang ada dan akan memastikan pelaksanaan perjanjian yang dibuat betul serta telus.

“Itu cara kerajaan negeri dengan membabitkan penilaian profesional. Kalau ada yang ingin beri nasihat tetapi tidak reti mengira air maka susahlah kita,” katanya.

Sebelum ini, beberapa pimpinan Pakatan Rakyat (PR) mahu Abdul Khalid merujuk kepada jawatankuasa itu yang diwakili Rafizi Ramli, Tony Pua dan Dr Dzulkefly Ahmad sebelum mengikat perjanjian.

Ia turut membabitkan pakar perundangan Tommy Thomas sebagai wakil bebas yang mewakili rakyat Selangor bagi memastikan perjanjian yang kukuh di sisi undang-undang.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara sokong MoU air

Oleh : LIZAWATI MADFA

KAJANG, 7 MAC: Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) akhirnya sebulat suara menyatakan persetujuan dan memberi restu kepada Perjanjian Persefahaman (MoU) air yang ditandatangani kerajaan negeri dengan kerajaan pusat.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, kesepakatan itu diambil selepas sesi taklimat khas MoU air yang dijelaskan sendiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, di sini, semalam.

Katanya, keputusan itu juga diambil dengan mengambil kira perkara utama iaitu jaminan bahawa rakyat tidak akan terbeban dengan tarif air yang tidak munasabah pada masa hadapan.

KLSCAH HKR 112 Azmin Ali

“Kita mahukan industri air diselaraskan selepas selama ini diuruskan secara tidak selaras dan berasingan,” katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan lebih 200 hadirin sewaktu majlis pelancaran Bilik Gerakan PR di Daerah Sungai Kantan, di sini, malam tadi.

Terdahulu, beliau turut menyertai perbincangan bersama Abdul Khalid dengan pimpinan PR yang lain iaitu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Minggu lalu, MoU penstrukturan air dimeterai antara kerajaan Selangor dan kerajaan pusat yang membolehkan pengambilalihan ekuiti empat syarikat konsesi air yang menerima pampasan RM9.65 bilion.

Ia penting bagi mengelakkan tarif air meningkat hingga sehingga 70 peratus seperti yang didesak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sebelum ini.

Beberapa pimpinan PR sebelum ini dilihat tidak bersetuju dengan MoU yang ditandatangi Abdul Khalid dan kerajaan pusat yang diwakili  Menteri di Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili.

-NFN-