Categories
SELANGOR

MB: ‘Jangan ambil kira sumbangan peribadi saya kepada parti’

Oleh Fazallah Pit

SHAH ALAM 1 MAC: Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim meminta penyokongnya tidak mengungkit sumbangan peribadinya kepada PKR selama ini kerana menyifatkan parti itu jauh lebih berjasa.

“Jangan ambil kira pemberian saya kerana PKR beri lebih banyak daripada itu. Bukan harta tetapi peluang untuk saya menjalankan tugas, cita-cita supaya Malaysia dipimpin orang yang amanah dan bertanggungjawab.

“Kalau diambil kira, itu tak berapa ikhlas. Habislah (pahala). Biar Allah yang tentukan ganjaran. Sebab itu saya minta (sumbangan peribadi) tidak diambil kira. Itu kira hangus,” katanya yang membuat pengumuman bertanding kerusi Timbalan Presiden PKR.

mb1BhkJcMKCEAE9mXKBeliau berkata demikian pada program Majlis Kasih Bertaut dengan tema Menuju Reformasi Tulen; Integriti, Telus dan Bersih, di kediaman rasminya di sini, malam tadi.

Abdul Khalid merujuk kenyataan pengacara majlis ketika memperinci keperibadian sebenarnya dengan mendedahkan sumbangannya kepada PKR yang selama ini disorok dari pengetahuan umum.

Antaranya, menyelamat bangunan ibu pejabat PKR dari dilelong pada 2011, membantu pembiayaian kempen Pilihan Raya Umum (PRU) 12 dan 13 melalui wang poketnya sendiri

Abdul Khalid juga menyumbangkan bas dan treler Jelajah Merdeka Rakyat sepanjang kempen PRU 13 yang menyaksikan 52 peratus pengundi menyokong Pakatan Rakyat.

Malah, pengacara majlis itu mengakui  pendedahan sedemikian tidak disukai Abdul Khalid tetapi beranggapan fakta itu perlu diketahui ahli parti.

Apatah lagi, kata pengacara itu, Abdul Khalid selama dilabel ‘kedekut’ sedangkan ADUN Pelabuhan Klang itu, banyak membantu parti termasuk dalam aspek kewangan.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.