Categories
SELANGOR

Keputusan terhadap Anwar menjijikkan, MB ajak perjuang keadilan

Oleh Norhayati Umor

SHAH ALAM 8 MAC : Keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan hukuman penjara lima tahun terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim menjijikkan, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Konvensyen hari ini dipatahkan dengan keputusan mahkamah dari segi keputusan yang tidak dikira dibuang kes oleh Mahkmah Tinggi.

“Tetapi mengejutkan Anwar dikenakan penjara lima tahun,” katanya dalam ucapannya di Konvensyen Pakatan Rakyat ke lima di Setia Alam Convention Centre, pagi ini.

pelukanAbdul Khalid berkata, semua pimpinan Pakatan perlu bersatu untuk memperjuangkan keadilan dan meneruskan kemaraan ke Putrajaya bersama-sama Anwar.

“Pakatan memperjuangkan keadilan dan hak, demokrasi mesti berlaku.

“Jadi kita perlu bersatu di bawah keadaan ini untuk perjuangkan keadilan supaya pemimpin kita tidak lagi disekat untuk mara ke Putrajaya,” katanya.

IMG_5288Sehubungan itu, beliau berharap konvensyen itu dijadikan medan untuk kepimpinan mencari langkah perlu demi memantapkan perjuangan Pakatan.

“Perjuangan ini banyak liku getir. Namun saya percaya ketabahan kita membawa ke satu perjuangan yang dipimpin oleh pemimpin amanah dan bertanggungjawab kepada rakyat,” katanya.

Ikuti siaran langsung melalui tv.selangorku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.