Categories
SELANGOR

MB mahu percepat semua proses Program MES

Oleh : NORFARAHIDAYU BAHARUDIN

KAJANG, 8 MAC: Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan Kerajaan Selangor akan mempercepatkan segala proses membabitkan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri akan menambah peruntukan bagi menjayakan lagi program MES dan ia bakal diberikan keutamaan kepada kepada usahawan wanita untuk meluaskan perniagaan mereka.

IMG_4792“Prinsip yang penting bagi kita adalah ketelusan, bertanggungjawab dan tadbir urus yang baik.” katanya ketika Majlis Penyampaian Program MES dan Sukan Bersama Rakyat, di sini, semalam

Beliau turut menyampaikan bantuan kepada 18 penerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE), lima penerima pembiayaan Program Mikrokredit Miskin Bandar (MIMBAR) dan Hadiah Anak Masuk Universiti serta dua penerima Skimsel.

Penerima OKU, Rosman Md Said, berkata dia amat bersyukur apabila mendapat bantuan daripada SMUE dan kerajaan negeri kerana sebelum ini tidak pernah mendapat sebarang bantuan.

asmiliha bte salmuPenerima MIMBAR peringkat kedua, Asmiliha Salmu, juga berpendapat program itu sangat baik dan bagus untuk wanita sepertinya tanpa perlu membuat pinjaman bank yang mengenakan kadar faedah yang tinggi.

Abdul Khalid sempat bermesra bersama penduduk dan majlis itu turut dihadiri Exco Wanita dan Kebajikan, Rodziah Ismail dan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kajang, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman serta hampir 1,000 penduduk kampung Desa Sri Jenaris.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.