Categories
SELANGOR

MoU Kerajaan Selangor, Kelantan permulaan penting usahasama ekonomi – Hadi

Oleh Lizawati Madfa

SHAH ALAM 5 MAC: PAS mengucapkan tahniah atas usaha kepimpinan Kerajaan Selangor dan Kerajaan Kelantan memeterai memorandum persefahaman (MOU).

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berkata MoU antara Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu langkah permulaan yang penting.

Katanya, ia peluang baik yang perlu diterokai kedua-dua kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang dipimpin Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor dan Datuk Ahmad Yakob di Kelantan.

mou11620476_10152229185998901_711520603_n“MoU yang khususnya merujuk beberapa inisiatif kerjasama ekonomi dan perundingan dalam beberapa projek yang ada kepentingan bersama rakyat di kedua-dua negeri.

“Kita menterjemahkan prinsip dan polisi bersama yang dipersetujui dalam Pakatan dengan membangunkan model kerjasama,” katanya pada kenyataan media hari ini.

Pada 2 Mac lalu, Selangor dan Kelantan menandatangani MoU bagi mengadakan kerjasama ekonomi merangkumi tujuh projek usahasama.

mou1978690_10152229185993901_899569264_nAntaranya, pembangunan bidang pendidikan, industri makanan halal, rangkaian siber, sistem gadaian Islam Ar-Rahn, selain rundingan berhubung isu air.

Abdul Hadi berkata, kerjasama sedemikian perlu diperkembang untuk memberdayakan rakyat terutama dalam menghadapi kesan ekonomi yang semakin menghimpit.

“Ini ditambah pula dengan kecelaruan fahaman dan pelaksanaan konsep federalisme yang sepatutnya diamal dengan adil oleh Kerajaan Pusat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.