Categories
NASIONAL

Parlimen : BN sedia ‘sedikit peruntukan’ kepada PERKASA

Oleh : AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 20 MAC: Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengakui tidak menyediakan peruntukan khusus kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Sebaliknya, sedikit peruntukan disediakan untuk membantu pertubuhan berkenaan mengadakan seminar ‘Transformasi Ekonomi Antara Kaum Dan Bangsa Teras Sebagai Asas Perpaduan Rakyat’ dan dihadiri 5,000 peserta.

Jawapan bertulis itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Dr Shahidan Kassim kepada Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.

sim-tze-tzimTze Tzin sebelum itu mengemukakan soalan berhubung jumlah peruntukan yang diberikan kepada PeERKASA oleh Majlis Keselamatan Negara dan Biro Tatanegara, pada 19 Mac lalu.

Tze Tzin menjelaskan, kenyataan itu adalah kali pertama Kerajaan BN mengesahkan mereka memberikan peruntukan kepada badan bukan kerajaan (NGO) pro-Melayu itu.

“Perdana Menteri dengan slogan 1Malaysia yang kononnya ingin menyatupadukan rakyat berbilang kaum tetapi di belakang slogan yang manis memberikan sumber kewangan kepada NGO yang mengancam membakar Bible, ingin berdemo di depan gereja dan memberikan sampul putih kepada orang Cina sempena Tahun Baru Cina.

UMNO BN 55“Maka, terbukti selama ini PERKASA adalah sayap Umno dan menjalankan segala kerja extrimis demi parti itu. PERKASA juga selama ini mengakui 80 peratus ahli mereka adalah Umno,” katanya pada sidang media, di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Katanya, menteri berkenaan harus menyatakan peruntukan yang diberikan kerana dikhuatiri membabitkan jumlah tinggi ekoran pembabitan ramai peserta.

Beliau turut mencabar Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pendirian MCA berhubung tindakan kerajaan menyalurkan peruntukan kepada PERKASA, selain mencabar mereka tidak menerima jawatan di dalam Kabinet.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.