Categories
KENYATAAN MEDIA

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia bantah tindakan kejam Mesir

Oleh: MUHAMMAD ALIEMRAN NORASID

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merasa dukacita dan kecewa (disappointed and frustrated) dengan keputusan Mahkamah Mesir ke atas 529 anggota Ikhwan Al-Muslimin yang dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan kononnya menyerang dan membunuh anggota polis.

Kami mengutuk sekeras-kerasnya keputusan mahkamah yang seolah-olah menafikan hak rakyat Mesir khususnya penyokong Presiden Mohammed Mursi. Presiden Mohammed Mursi telah dipilih oleh rakyat mesir secara sah dalam pilihanraya Mesir 2011.

Oleh hal yang demikian, PKPIM menyeru semua mahasiswa dan aktivis pelajar tanpa mengira agama dan bangsa untuk bersama-sama menyertai Himpunan Bantah Hukuman Gantung 529 Rakyat Mesir pada Jumaat, 28 Mac 2014 ini di Kedutaan Mesir.

PKPIM akan mengerahkan seluruh ahli PKPIM untuk sama-sama menunjukkan tanda protes terhadap keputusan Mahkamah Mesir ini. PKPIM yakin, usaha ini akan memupuk semangat kesatuan rakyat Malaysia terhadap saudara kita di Mesir.

# Muhammad Aliemran Norasid adalah Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Leave a Reply

Your email address will not be published.