Categories
NASIONAL

Perwakilan laung reformasi tanda semangat bermula Reformasi 2.0

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 8 MAC : Konvensyen Pakatan Rakyat kali Kelima yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City bergema dengan laungan Reformasi mengakhiri ucapan penutup dari Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

pakatan-wanita-650x400Konvensyen yang bertemakan ‘Pakatan Pembela Rakyat’ itu pada mulanya suram dan diselebungi kesedihan ekoran hukuman yang dijatuhkan kepada Anwar, namun selepas ucapan Ketua Pembangkang, kesemua pimpinan perwakilan bangun menyatakan sokongan dengan lantang.

Pimpinan menjerit, melaung reformasi dan revolusi tanda menyatakan sokongan penuh terhadap Anwar.

Dalam ucapan pimpinan parti daripada PAS, DAP dan PKR jelas menunjukkan mereka akan tetap utuh biarpun Kerajaan Umno-BN berhasrat mahu memenjarakan beliau.

Konvensyen yang diadakan satu hari itu bertujuan untuk mengumpul para aktivis dan pimpinan Pakatan dalam konvensyen tahunan.

Kira-kira 1,000 perwakilan hadir bagi menunjukkan kesatuan dan menaikan semangat kebersamaan parti-parti Pakatan.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Samad dilantik menjadi Pengarah Jawatankuasa Kerja Konvensyen manakala Timbalannya, Suhaimi Shafei dan Datuk Teng Chang Khim.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.