Categories
NASIONAL

Penjarakan Anwar, Pakatan tidak lemah semangat, malahan semakin kuat

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 8 MAC: Setiausaha DAP, Anthony Loke berkata isu memenjarakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak akan melemahkan semangat Pakatan untuk terus berjuang.

Katanya, tindakan mahkamah rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun itu bertujuan untuk menyekat Anwar daripada bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang.

” Jangan BN ingat penjarakan Anwar dapat lemahkan pakatan, kita tidak akan berkubur, tetapi akan jadi semakin kuat.

” Lihat sahaja hikmah dari peristiwa tahun 1998, Kezaliman yang berlaku terhadap Anwar telah berjaya membawa PAS dan DAP duduk semeja bersama PKR,” katanya di Konvensyen Pakatan Rakyat, di Pusat Konvenyen Setia City, di sini.

Anthony juga menyeru rakyat bangkit menolak kerajaan Barisan Nasional dengan menjadikan PRK Kajang ini sebagai referendum dan hukuman daripada rakyat ke atas mereka.

“Jadikan PRK Kajang sebagai Mahkamah Rakyat untuk kita jatuhkan hukuman kepala Barisan Nasional,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.