Categories
SELANGOR

Manifesto: 4 teras utama apabila menang PRK Kajang

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KAJANG, 12 MAC: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini melancar empat teras utama manifesto Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Manifesto itu dilancarkan calon PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail di Bilik Gerakan Utama PKR di Sungai Sekamat, di sini, hari ini.

Empat teras itu membabitkan isu keselamatan, kesesakkan lalu lintas, anak muda dan usahawan kecil serta isu perbandaran.

20140312_114223Dr Wan Azizah berkata, empat manifesto itu dirangka berdasarkan keputusan kaji selidik yang dijalankan sebelum ini.

“Inilah empat janji utama yang akan kita tingkatkan jika menang dalam PRK Kajang nanti,” katanya dalam sidang media pelancaran manifesto terbabit.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata PKR akan mengedarkan kira-kira 30,000 poskad manifesto itu.

Katanya, kaedah penggunaan poskad adalah kaedah paling berkesan menyampaikan maklumat berbanding buku manifesto yang lazimnya agak tebal.

“Kaedah ini juga digunakan di negara lain kecuali Malaysia yang hanya sekarang hendak dipraktikkan,” katanya.

Selain Dr Wan Azizah dan Rafizi, turut sama dalam sidang media sama adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dan Pengarah Biro Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.